Now Reading
“Anak Kita Umur Tujuh Tahun Wajib Suruh Solat” – UAI

“Anak Kita Umur Tujuh Tahun Wajib Suruh Solat” – UAI

Menurut UAI, anak-anak yang sudah berumur tujuh tahun wajib disuruh untuk solat dan puasa namun tidak wajib untuk mereka melaksanakannya kerana belum baligh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sudah menjadi kewajipan buat semua umat Islam wajib untuk mengikut setiap perintah Allah SWT antaranya adalah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa.

Walau bagaimanapun, seseorang akan berdosa sekiranya tidak melakukan perintah Allah khususnya bagi mereka yang sudah baligh (cukup umur).

Oleh itu, bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara seperti tidak sembahyang dan sebagainya anak-anak boleh disuruh melakukan ibadah berkenaan bermula pada umur tujuh tahun.

Ustaz Azhar Idrus jelaskan ibu bapa wajib suruh anak solat dan puasa

erkara sama turut dikongsikan oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus, yang menjelaskan ibu bapa wajib menyuruh anak-anak yang sudah memasuki usia tujuh tahun untuk menunaikan solat lima waktu.

Namun disebabkan mereka masih lagi belum baligh mereka tidak diwajibkan untuk menunaikan solat.

“Wajib suruh bukan wajib solat. Adik solat, adik sembahyang. Dia tak sembahyang tak apa. Bukan wajib sembahyang.

“Wajib suruh. Faham tak? Kejap lagi masuk Zohor pula. Adik Zohor sembahyang, dia tak sembahyang tak apa wajib suruh,” katanya.

Bertujuan agar anak biasa mendengar perintah solat dan puasa

Menurut Ustaz Azhar lagi suruhan itu dilakukan agar apabila sudah baligh, anak sudah biasa mendengar perintah untuk solat lima waktu.

Ini kerana, sekiranya mereka tidak latih dan diajar begitu bimbang apabila tiba waktu baligh sukar untuk dia solat.

“Maka ulama qiyaskan dengan puasa, ingat ya anak kita umur tujuh tahun, tahun ini wajib kita suruh puasa.

“Adik esok bulan Ramadan, Allah SWT wajibkan puasa. Adik mula puasa esok hari, esok dia tak puasa tak apa. Wajib suruh.

“Bukan dia wajib puasa kita wajib suruh sebagai tarbiah, latihan supaya telinga dan hati biasa dengar benda yang wajib.”

Wajib menyuruh tidak wajib bagi anak melaksanakan jika belum baligh

Malah pendakwah itu juga menasihati ia tidak menjadi masalah jika anak-anak makan sebelum tibanya waktu berbuka kerana apa yang penting adalah kita telah menyuruh.

Namun tidak wajib bagi mereka menjalaninya sekiranya tidak berkemampuan.

“Jangan nak tunjuk dekat orang aku hebat, anak aku tujuh tahu puasa penuh, tak betul macam tu,” katanya lagi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd