Pesawat Terhempas Di Kapar: Saksi Nampak Serpihan ‘Terbang’ Di Udara
Penduduk tempatan juga berkata mereka melihat serpihan komponen pesawat yang berterbangan di udara selepas insiden terhempas berlaku.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Satu kejadian kemalangan melibatkan pesawat ringan dilaporkan berlaku semalam (13 Februari) di Kampung Tok Muda Kapar, Klang sekitar jam 1:10 tengah hari.
Menurut laporan Buletin TV3, penduduk tempatan di lokasi kejadian memberitahu bahawa pesawat tersebut telah terhempas di sebuah kebun kelapa sawit sebelum rangkanya dilihat berkecai.
Insiden yang berlaku itu kemudiannya telah tular di dalam grup WhatsApp masyarakat tempatan di kampung terbabit.

Saksi Dakwa Terlihat Letupan Pesawat Di Udara
Menerusi video temu bual bersama seorang saksi kejadian yang dimuat naik di laman TikTok UtusanTV, individu bernama Jinaidi Nasiran, 55, mendakwa dia terlihat pesawat ringan itu hilang kawalan terlebih dahulu sebelum meletup di udara.
Jinaidi juga berkata pada mulanya dia hanya terdengar bunyi pesawat, namun bunyi berkenaan dikatakan semakin kuat dan tiba-tiba ‘senyap’ apabila menoleh ke arah pesawat kerana kenderaan tersebut sudah terhempas.
Saya dengar bunyi kapal terbang. Tapi makin lama suara enjin tu makin dekat. Bila saya toleh, dia dah terjunam ke bawah dah. Saya tengok separuh badan dah dalam tanah. Dia jatuh pada celah-celah pokok kelapa sawit.
Saksi kejadian Jinaidi Nasiran.
Penduduk tempatan juga berkata mereka melihat serpihan komponen pesawat yang berterbangan di udara selepas insiden terhempas berlaku.
@utusantvofficial Replying to @george.mathew3 Itu kata saksi, Jinaidi Nasiran, 55 yang menyaksikan sendiri kejadian pesawat ringan model BK160 Gabriel itu terhempas di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar, tengah hari tadi. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #pesawatterhempas #kapar #klang
♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia Sahkan Kejadian Yang Berlaku
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman X (Twitter @CAA_Malaysia) memaklumkan terdapat dua orang mangsa termasuk seorang juruterbang nahas dalam insiden berkenaan.
Pesawat tersebut dikenal pasti sebagai Blackshape BK 160 Gabriél buatan Itali dan dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada 1:28 tengah hari untuk melakukan penerbangan rekreasi.
Walau bagaimanapun, hubungan terakhir yang diterima oleh kawalan trafik udara dari pesawat berkenaan adalah sekitar jam 1:35 tengah hari dan tiada panggilan kecemasan dilakukan sebelum insiden.
Pusat Penyelarasan Penyelamat Aeronautik Kuala Lumpur (KLARRC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) segera diaktifkan untuk menentukan lokasi pesawat itu.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)
#PressStatement | 13 Feb 2024
— CAA Malaysia (@CAA_Malaysia) February 13, 2024
Aircraft Crash at Kapar, Selangor #TeamCAAM pic.twitter.com/JEdrKYMwZp
BK 160 Gabriel
Pesawat ini dihasilkan oleh syarikat Itali Blackshape. Enjin Lycoming IO-320 160-HP, tempat duduk jenis tandem, gear pendaratan yang boleh ditarik balik dan tujahan pesawat yang kuat bergabung untuk memberikan Gabriél dengan nisbah kuasa-ke-luncuran yang luar biasa.
Berdasarkan ambar-gambar yang dikongsikan oleh pihak bomba, pesawat itu mempunyai logo Aviation Safety Technology Pte Ltd iaitu sebuah firma latihan terbang yang terletak di Singapura.

Di laman web mereka, pesawat itu adalah jurulatih asas gaya tentera dengan tempat duduk tandem yang digunakan untuk memilih dan membiasakan kadet dengan penerbangan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.