Now Reading
Tayar Depan Pesawat Latihan Tertanggal, Gagal Mendarat Dengan Baik – CAAM

Tayar Depan Pesawat Latihan Tertanggal, Gagal Mendarat Dengan Baik – CAAM

Juruterbang pelatih yang terlibat dalam insiden tayar depan pesawat tertanggal itu bagaimanapun dilaporkan selamat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (23 Januari), satu lagi kes melibatkan masalah teknikal penerbangan berlaku apabila tayar depan pesawat latihan jenis Piper PA-28-181 dilaporkan tertanggal.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan kejadian tersebut berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka semasa menjalani sesi latihan.

Tayar pesawat latihan yang dikendalikan oleh International Aero Training Academy (IATAC) itu difahamkan tercabut akibat kegagalan mendarat di landasan dengan baik.


Juruterbang Pelatih Selamat

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian pada 3.07 petang terbabit.

“Insiden ini melibatkan seorang juruterbang pelatih dan beliau dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelas beliau.

Sumber: Harian Metro

Pesawat Latihan Dibawa Ke Hangar

Mengulas lanjut, Kapten Norazman berkata pesawat itu telahpun dialihkan dari landasan pada 3.35 petang dan dibawa ke hangar untuk pemeriksaan lanjut.

Tambah beliau, lapangan terbang tersebut kembali beroperasi jam 4.12 petang selepas semua pemeriksaan keselamatan selesai dijalankan.

Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

Kapten Norazman Mahmud.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata tiada kertas siasatan yang dibuka oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan laporan diterima petang semalam. Jelas beliau, kes terbabit dirujuk ke agensi berkaitan.

Sumber: Facebook CAAM

Palam Pintu Pesawat Alaska Airlines Tercabut

Terdahulu, terdapat satu lagi kes pesawat yang menghadapi masalah semasa penerbangan. Difahamkan pintu pesawat Alaska Airlines tercabut ketika berada di ruangan udara beraltitud 16,000 kaki (4,877 meter). Walau bagaimanapun, 177 penumpang termasuk anak kapal bagaimanapun dilaporkan selamat. 

Susulan itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat (AS) turut mengesahkan bahawa palam pintu Boeing BA 737 MAX 9 yang tercabut ketika penerbangan telah dikilangkan di Malaysia.

Berbicara mengenai kejadian, Pengerusi NTSB Jennifer Homendy menjelaskan bahawa masalah palam pintu yang tercabut boleh sahaja berlaku di mana-mana peringkat bukan sahaja pada proses pembuatannya.

Sumber: X (@NTSB_Newsroom)

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Alaska Airlines: NTSB Sahkan Palam Pintu Tercabut Dikilangkan Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Palam Pintu Pesawat ‘Made In Malaysia’ Milik Alaska Airlines Jadi Tanda Tanya Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Mengingati MH370: Hampir 9 Tahun Lenyap, Kepulangan Masih Dinanti-nanti


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd