Now Reading
Mengingati MH370: Hampir 9 Tahun Lenyap, Kepulangan Masih Dinanti-nanti

Mengingati MH370: Hampir 9 Tahun Lenyap, Kepulangan Masih Dinanti-nanti

Untuk pengetahuan umum, dokumentari “MH370: The Plane That Disappeared” akan ditayangkan di Netflix bermula 8 Mac 2023 nanti setelah sembilan tahun kapal tersebut ‘lesap’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tidak dinafikan, kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MH370) masih menjadi tanda-tanya sejak ianya ‘lenyap’ pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Manakan tidak, pesawat canggih Boeing 777 yang membawa 227 orang penumpang serta 12 anak kapal itu hilang begitu sahaja tanpa apa-apa berita. Malah, setelah percubaan mengesan pesawat tersebut dilakukan juga, masih belum berjaya ditemui.

Dan hari ini (8 Mac 2022) telah menandakan bahawa sudah hampir sembilan tahun tragedi pesawat MH370 ini hilang tanpa khabar berita.

Sumber: Airline Ratings

Apa sebenarnya yang terjadi kepada pesawat MH370?

Walaupun pihak berkuasa dan pakar-pakar lain telah mengeluarkan laporan mengenai apa yang berlaku kepada pesawat tersebut, namun untuk mendapat kepastian lebih tepat, bangkai pesawat perlu dijumpai terlebih dahulu.


Goodnight, MH370.

Pada malam yang menentukan kehilangan penerbangan itu, MH370 yang diketuai oleh juruterbang senior Kapten Zaharie Ahmad Shah dan First Officer (FO) Fariq Abdul Hamid berlepas dari KLIA kira-kira 40 minit lewat tengah malam dan dijangka tiba di Beijing kira-kira 6 jam kemudian.

MAB 777 berlepas dari landasan.
(Sumber: Laurent ERRERA/Wikipedia)

Dalam masa kurang sejam selepas penerbangan, MH370 menghantar komunikasi suara terakhir kepada pengawal trafik udara Malaysia apabila pesawat berkenaan melalui ruang udara Vietnam.

Good night Malaysian Three-Seven-Zero…

Transmisi radio yang dirakam terakhir dari kokpit MH370.

Sejurus selepas pesawat itu melintasi wilayah Vietnam, MH370 lesap dan hilang daripada radar.

Beberapa jam telah berlalu sebelum pengawal trafik udara dimaklumkan mengenai kehilangan MH370 dan “kod merah” dikeluarkan mengisytiharkan tindak balas kecemasan segera bagi mengesan pesawat yang hilang itu.

Kemudian pada waktu subuh, satu pengumuman rasmi dibuat di laman Facebook rasmi MAB mengesahkan bahawa MH370 telah hilang. Perasaan panik dan kekeliruan menyusul apabila rakyat di seluruh dunia berkumpul dalam keadaan terkejut untuk menunggu berita tentang tragedi misteri itu.


The Long Search.

Pencarian multinasional yang besar telah dilancarkan untuk mencari pesawat yang hilang itu yang kemudiannya menjadi usaha pencarian paling mahal dalam sejarah penerbangan.

Namun disebabkan oleh sifat kejadian itu, penyiasat berhadapan masalah untuk menentukan lokasi yang menjadi kemungkinan di mana pesawat itu hilang.

Pesawat pencarian tentera Australia terbang di atas kapal tinjauan British untuk mencari MH370 yang hilang.
(Sumber: LS(HM) Andy Coutanche/MOD/Wikipedia)

Dilaporkan, pesawat berkenaan telah hilang kira-kira 10 jam sebelum pencarian pertama mula meliputi langit dan lautan untuk mencari pesawat MH370 kerana dipercayai pesawat itu kehabisan minyak dan terhempas di suatu tempat di lautan yang luas.

Hamparan Lautan Hindi seperti yang dipetakan oleh Google Earth.
(Sumber: Google)

Berita tentang kehilangan pesawat yang tidak ditemui sememangnya tidak pernah didengari. Apabila penerbangan 447 Air France bersama 228 penumpang dan anak kapalnya terhempas ke Lautan Atlantik pada 2009, penyiasat mengambil masa 2 tahun untuk menemui bangkai pesawat itu di dasar laut.

Data radar dan satelit mendedahkan bahawa MH370 dilaporkan telah menukar haluan asal yang ditetapkan, dan telah terbang kembali ke Malaysia sebelum membuat pusingan ke arah selatan Lautan Hindi.

Kawasan luas ini tidak lama kemudian menjadi titik tumpuan pencarian pesawat yang hilang itu.

Laluan penerbangan MH370 yang dirakam.
(Sumber: CNN/ATSB)

Pasukan pencarian mengimbas permukaan dan kedalaman lautan untuk mencari sebarang kesan kehilangan pesawat, namun tiada apa yang muncul.

Sepanjang tahun misi pencarian pesawat yang hilang itu, kira-kira 20 serpihan pesawat dipercayai milik MH370 ditemui di pelbagai lokasi di seluruh dunia; termasuk 3 keping serpihan sayap yang terdampar di pantai timur Afrika Selatan di Pulau Reunion, Madagascar dan Tanzania.

Serpihan serpihan MH370 telah dipamerkan pada Acara Memperingati MH370 di Kuala Lumpur pada 2019.
(Sumber: New Straits Times)

Walau bagaimanapun, usaha untuk mengesan keseluruhan serpihan pesawat itu tidak membuktikan apa-apa dan disifatkan sebagai ‘sia-sia’.

Pada 2015, lebih setahun selepas kehilangan pesawat itu, pihak berkuasa Malaysia secara rasmi mengisytiharkan insiden itu sebagai “kemalangan” dan mengumumkan bahawa semua penumpang dan anak kapal MH370 dianggap sudah meninggal dunia.

Selepas 3 tahun siasatan menyeluruh, pencarian MH370 yang meliputi lebih 120,000 km persegi berakhir pada 2017 tanpa sebarang kejayaan.

Kemudian pada 2018, kerajaan Malaysia melancarkan satu lagi percubaan mencari untuk mengesan MH370 dengan firma penerokaan swasta Amerika Syarikat, Ocean Infinity.

Pasukan mencari meliputi 112,000 km persegi di selatan Lautan Hindi selama kira-kira lima bulan sebelum misi itu dibatalkan selepas 90 hari tanpa membuat sebarang penemuan yang boleh dipercayai.


Apa Sebenarnya Terjadi Kepada MH370?

Terdapat banyak teori mengenai kehilangan misteri MH370 yang terdiri daripada kegagalan mekanikal pesawat hingga kemungkinan dirampas (hijacked) sehinggalah rancangan murder-suicide yang didalangi oleh juruterbang.

Walau bagaimanapun, laporan penyiasatan akhir MH370 yang dikeluarkan pada 2018 tidak menemui bukti konklusif atau jawapan kepada bencana itu, meninggalkan dunia dengan lebih banyak persoalan tentang apa yang berlaku kepada pesawat dan penumpangnya.


Insan Yang Ditinggalkan.

Kepanikan dan perhatian besar-besaran yang diperolehi daripada kehilangan MH370 tidak dinafikan merupakan sesuatu yang tidak pernah dihadapi oleh negara.

Petugas media berkhemah di luar Hotel Sama Sama di KLIA.
(Sumber: The Star)

Selama berminggu-minggu, wartawan berita dari seluruh dunia berkumpul di KLIA untuk menunggu khabar berita sensasi tentang tragedi itu, malah turut menarik perhatian beberapa “holy men” yang berjanji bahawa pesawat itu suatu hari nanti bakal ditemui.

Selama bertahun-tahun, peringatan serta doa yang tidak terkira banyaknya telah mengalir dari seluruh pelusuk dunia untuk mengingati kehilangan penerbangan dan penumpang pesawat berkenaan. Tidak lama kemudian hashtag “#PrayForMH370” bersama-sama variasi lain menjadi pilihan dunia untuk menunjukkan rasa sayang mereka kepada mangsa yang terlibat.

Dan setiap tahun, peringatan “kadang kala” diadakan di seluruh dunia sebagai tanda memperingati dan menghormati 239 insan yang hilang di dalam pesawat berkenaan.

Sehingga hari ini, segelintir keluarga mangsa masih tetap kecewa dengan pengendalian awal bencana penerbangan ini serta bingung dan tidak berpuas hati dengan hasil siasatan pesawat MH370.


Bagaimanapun, masih terdapat tekanan berterusan untuk kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa antarabangsa bagi meneruskan usaha mencari pesawat yang hilang dengan harapan suatu hari nanti ia akan ditemui dan menutup salah satu misteri terbesar dunia.


Dokumentari MH370 Di Netflix Bakal Tiba Pada 8 Mac 2023 Nanti

Misteri kehilangan pesawat MH370 ini mendapat perhatian seluruh dunia sehingga pihak Netflix berminat untuk merungkai persoalan ini dengan menghasilkan sebuah dokumentari bertajuk “MH370: The Plane That Disappeared”.

Trailer berdurasi 1:51 minit itu memberikan sedikit gambaran tentang keseluruhan dokumentari berkenaan yang bakal ditayangkan di Netflix pada 8 Mac 2023.

Antara persoalan utama yang yang dibangkitkan dalam dokumentari ini adalah siapakah yang bertanggungjawab terhadap insiden kehilangan pesawat MH370?

Walau bagaimanapun, sesetengah pihak menganggap bahawa tindakan menghasilkan dokumentari tentang kehilangan pesawat MH370 ini adalah untuk mengaut keuntungan semata-mata, dan ia tidak sepatutnya berlaku.

BACA SINI: Trailer Dokumentari MH370 Di Netflix Terima Pelbagai Reaksi Seluruh Dunia


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd