Now Reading
Syarikat Penerbangan Bakal Berdepan Tindakan Jika Tak Tepati Masa – Anthony Loke

Syarikat Penerbangan Bakal Berdepan Tindakan Jika Tak Tepati Masa – Anthony Loke

Mavcom sedang bercadang untuk mengambil tindakan terhadap syarikat yang gagal mematuhi kod perlindungan pengguna penerbangan negara tentang isu tidak menepati waktu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Isu penerbangan lewat atau dijadualkan semula sering diperkatakan oleh orang ramai lebih-lebih lagi di platform media sosial.

Walaupun masalah tersebut sudah berlanjutan sejak dahulu, namun perkara itu masih belum diselesaikan.

Seperti terdahulu, sebuah syarikat penerbangan telah dikritik oleh para penumpang kerana kelewatan penerbangan yang melebihi 6 jam.

Baca Artikel Berkaitan: AirAsia Tampil Mohon Maaf Isu Penerbangan ‘Re-timed’


Mavcom Rancang Ambil Tindakan Terhadap Penerbangan Yang Lewat

Hari ini (16 November), kerajaan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sedang merancang untuk mengambil tindakan sekiranya syarikat gagal mematuhi kod perlindungan pengguna penerbangan negara tentang isu tidak menepati waktu.

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, kerajaan kini sedang mencari inisiatif bagi mengukur prestasi mengikut masa sesebuah syarikat penerbangan yang beroperasi di Malaysia.

“Kita akan cari satu pendekatan bagaimana meletakkan satu sasaran prestasi mengikut masa (on time performance).

“Kalau mereka tak dapat mencapai prestasi mengikut masa itu, maka kemungkinan ada tindakan yang akan diambil,” kata beliau di Dewan Rakyat.

Sumber: Malay Mail

Cuaca Antara Faktor Penerbangan Lewat

Dalam pada itu, Anthony Loke menjelaskan bahawa sebarang kelewatan sesuatu penerbangan berkemungkinan disebabkan pelbagai punca luaran.

Salah satu faktor di luar kawalan syarikat penerbangan yang mendorong kepada masalah tersebut adalah cuaca negara tidak menentu.

“Cuaca umpamanya. Macam mana nak kawal cuaca?

“Kalau cuaca tak baik, macam mana kapal terbang nak terbang? Jadi itu perlu difahami. Bukannya syarikat-syarikat penerbangan sengaja melewatkan penerbangan mereka,” jelas beliau.

Namun begitu, menteri berkenaan bersetuju bahawa terdapat banyak aspek penerbangan yang perlu ditambah baik dan diperbaiki buat keselesaan para penumpang.

Baca Artikel Berkaitan: Flight delayed at KLIA? Here’s what’s going on plus 7 tips to help you stay sane

Baca Artikel Berkaitan: Berdepan Penerbangan ‘Overbooked’? Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Cara Selesaikannya, Ketahui Hak Anda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd