AirAsia Tampil Mohon Maaf Isu Penerbangan ‘Re-timed’
AirAsia memohon maaf atas kelewatan penerbangan yang telah berlaku baru-baru ini dan akan berusaha untuk memperbaiki kesilapan tersebut.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sebelum ini, syarikat penerbangan AirAsia hangat dengan isu pembayaran balik tiket yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.
BACA JUGA: AirAsia Perjelas Isu ‘Refund’
Nama AirAsia kini kembali menjadi perbualan netizen di media sosial selepas tular pula isu tentang penerbangan penumpang yang dijadualkan lewat tiba daripada masa yang ditetapkan. Keadaan tersebut menjadi semakin keruh apabila ianya berlaku ketika musim perayaan Aidilfitri.
Di media sosial, ramai netizen turut berkongsi pengalaman mereka dan agak kecewa dengan perkhidmatan oleh syarikat AirAsia.
Wth @airasia @tonyfernandes_ our 6.30pm flight has been delayed and rescheduled to 8.40pm at such short notice. It's freakin 9pm now and we're still not being called for boarding yet. You've caused us troubles!!! We all got plans and schedules laa bodohhhh 🤬🤬🤬🤬🤬 pic.twitter.com/7pKlRfpaJg
— dinizaini (@dinizaini) May 7, 2022
Got delays for more than 6 hours, 2 days back and they didn’t provides food or mobile hotels cause it’s “not cancelled but delayed” and no proper announcement until someone made a scene.
— Miji (@mijiiiiiiiii) May 8, 2022
If all the restaurant are closed at least bagi free in flight meal kot.
Sibu flight AK5875 pic.twitter.com/NM7LLstxSi
Yup, just sent my sister tadi. Banyak delay and most of people there were shock. Must be last minute announcement. pic.twitter.com/1lHwmepr0z
— Saiful Emran (@SaifulEmran) May 8, 2022
Exactly! Ours from 9:15pm & rescheduled to 11:55pm. Then, on the day of departure AA rescheduled again to 12:05pm!! Like what? My brother in law had to be on call the next day kot.
— Jewen (@izrynnadhirah) May 8, 2022
Situasi ini turut dilalui oleh Ahli Parlimen Tuaran negeri Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Madius Bin Tangau apabila dia dilihat memuat naik tweet di laman Twitter rasmi miliknya.
I was confirmed and in fact have already checkin for the 8pm flight KUK/BKI on @AirAsia tonight only to be rescheduled to 10pm and the latest is it was rescheduled to 12.30am ETA 3.30am. It’s simply crazy.
— Wilfred Madius Tangau (@madiustangau) May 8, 2022
AirAsia tampil mohon maaf atas kelewatan
Berikutan masalah kelewatan jadual penerbangan yang tular dialami oleh para penumpang AirAsia, pihak TRP telah meminta penjelasan daripada syarikat penerbangan tersebut.
AirAsia memberi penjelasan bahawa pihak mereka akan sentiasa berusaha untuk mengurangkan gangguan yang berlaku kepada para penumpang mereka. Dalam masa yang sama, mereka memohon maaf atas kesilapan yang berlaku terutamanya ketika musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.
AirAsia juga akan terus komited untuk memberikan yang terbaik kepada para penumpang.
AirAsia memohon maaf kepada mana-mana penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terganggu pada minggu lalu berikutan permintaan tinggi semasa tempoh kemuncak menjelang sambutan Hari Raya. Kami akan sentiasa melakukan yang terbaik bagi meminimumkan sebarang masalah kepada para penumpang dan memastikan semua orang dapat tiba ke destinasi dengan selamat.
CEO AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata kepada TRP.
Apa yang penumpang boleh buat jika penerbangan ditangguhkan?
Jika masalah ini berlaku kepada anda, antara solusi yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
- Buat aduan di Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
- Mohon pembayaran balik tiket daripada syarikat penerbangan.
- Hubungi syarikat penerbangan untuk mendapat maklumat lanjut tentang kelewatan.
Harapnya masalah seperti ini dapat diselesaikan dengan baik supaya tidak mengganggu jadual penumpang yang lain.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.