Now Reading
AirAsia Tersenarai Top 20 Syarikat Penerbangan Tambang Murah Paling Selamat Di Dunia

AirAsia Tersenarai Top 20 Syarikat Penerbangan Tambang Murah Paling Selamat Di Dunia

Selain Malaysia, terdapat dua buah negara Asia lain yang turut disenaraikan sebagai syarikat penerbangan tambang murah paling selamat di dunia iaitu Viet Jet (Vietnam) dan Cebu Pacific (Filipina).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila mahu melancong ke luar atau dalam negara, syarikat penerbangan AirAsia merupakan salah satu pilihan orang ramai sebagai pengangkutan mereka untuk menuju ke destinasi pilihan.

Sesetengah individu memilih AirAsia sebagai penerbangan mereka kerana tambang tiket yang ditawarkan adalah murah dan berpatutan.

Perkembangan syarikat tambang murah ini yang semakin maju juga dilihat telah melebarkan sayap mereka ke beberapa negara lain seperti India dan Kazakhstan.

Baca Artikel Berkaitan: Terbang Ke Almaty Kazakhstan Dengan RM88 Sahaja Dengan Promosi Hebat AirAsia X!


AirAsia Dinobatkan Antara Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Paling Selamat Di Dunia

Memetik laporan Seasia baru-baru ini, AirAsia yang berasal dari Malaysia ini sekali lagi mencapai kejayaan menggembirakan apabila tersenarai antara 20 syarikat penerbangan tambang murah yang paling selamat di dunia untuk tahun 2024.

Dalam infografik tersebut, AirAsia berada pada kedudukan ke-12 dan dilihat telah menandingi beberapa syarikat penerbangan dari Amerika Syarikat, Kanada, Arab Saudi, India dan Jerman.

Selain Malaysia, terdapat dua buah negara Asia yang turut berada dalam senarai berkenaan iaitu syarikat Viet Jet dari Vietnam pada kedudukan ke-8 dan Cebu Pacific dari Filipina di tangga ke-13.

Syarikat penerbangan tambang murah yang dinobatkan paling selamat di dunia adalah Jetstar dari Australia, diikuti dengan EasyJet dan Ryan Air dari United Kingdom.

Sumber: Seasia

Anugerah Lain Yang Pernah Dirangkul Oleh AirAsia

Pada tahun 2023, AirAsia Aviation Group juga telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 20 syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat di dunia.

AirAsia Malaysia (AK), AirAsia Thailand (FD) dan AirAsia Filipina (Z2) serta syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X Malaysia (D7) dan Thai AirAsia X (XJ) telah diiktiraf dengan tahap keselamatan dan integriti operasi terhadap Covid-19 secara keseluruhan dengan penilaian 7/7 bintang daripada pakar keselamatan industri penerbangan di AirlineRatings.com.

Baca Artikel Berkaitan: AirAsia Diiktiraf Salah Satu Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Paling Selamat Tahun 2023

Sumber: AirAsia

Selain itu pada tahun yang sama, AirAsia turut dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia oleh AirlineRatings.com pada Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan tahunannya.

AirAsia menerusi satu kenyataan memaklumkan syarikat yang dilancarkan pada tahun 2001 oleh Datuk Kamarudin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes dengan hanya dua buah pesawat telah mengalami pertumbuhan menakjubkan sejak dua dekad lalu.

Mengulas lanjut, AirAsia turut menjelaskan bahawa kecemerlangan syarikat penerbangan yang berpangkalan di Asean ini adalah salah satu kisah kejayaan besar industri penerbangan.

Baca Artikel Berkaitan: AirAsia Sekali Lagi Dinobat Sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2023


Sejarah Tentang AirAsia

AirAsia telah ditubuhkan pada 1993 dan mula beroperasi pada 18 November 1996 selepas ia diasaskan oleh sebuah konglomerat milik kerajaan iaitu DRB-HICOM.

Kemudian pada 8 September 2001, syarikat penerbangan yang memiliki hutang dalam jumlah yang besar itu telah dibeli oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun dengan harga RM1 iaitu AS$0.26 pada ketika itu berserta dengan hutang bernilai rm40 juta (AS$11 juta).

Sumber: AirAsia

Diketuai oleh Fernandes dan pasukan rakan kongsinya yang berkebolehan, AirAsia berjaya membayar balik hutang tersebut dalam masa kurang daripada tempoh dua tahun walaupun pada hakikatnya ia beroperasi dalam persekitaran yang sangat mencabar pada era pasca 11 September 2001.

Kini dengan harga tiket yang murah, AirAsia mahu menjadi syarikat yang membolehkan semua individu ‘terbang’ ke mana sahaja, bertepatan dengan tagline mereka iaitu ‘Now Everyone Can Fly’.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd