Now Reading
Terbang Ke Almaty Kazakhstan Dengan RM88 Sahaja Dengan Promosi Hebat AirAsia X!

Terbang Ke Almaty Kazakhstan Dengan RM88 Sahaja Dengan Promosi Hebat AirAsia X!

Tambang promosi kini boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Oktober 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tahun baharu 2024 ini, belum pergi bercuti lagi kan?

Kalau anda sudah bermula untuk planning terbang ke mana-mana, bolehlah consider untuk masukkan Almaty, Kazakhstan dalam senarai negara untuk anda pergi bercuti tahun ini.

Baca Artikel Berkaitan: AirAsia Perkenal ‘Route’ Baharu, Almaty. Boleh Letak Dalam Bucket List Untuk Bercuti!

Dan paling best, harga pun tak mahal mana sebab AirAsia X baru sahaja mengumumkan promosi tambang menakjubkan ke Almaty Kazakhstan bermula RM88 termasuk semua sehala.

Really? YES.

via GIPHY


Tambang Bermula RM88 Termasuk Semua Sehala

Sempena meraikan pelancaran penerbangan pertama AirAsia X (AAX) ke Almaty, Kazakhstan akan datang pada 14 Mac 2024, syarikat penerbangan ini menawarkan tawaran menakjubkan ke Almaty dengan tambang promosi bermula RM88 termasuk semua* sehala.

Jualan terhad ini bermula pada hari ini pada 16 Februari 2024 dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang (waktu Malaysia) selama lapan jam secara eksklusif tertakluk untuk tempahan awal dan ketersediaan tempat duduk.

Sumber: AirAsia

“Kami berbesar hati menawarkan tambang menakjubkan ini ke Almaty kepada pengembara untuk menerokai bandar yang kaya dengan peninggalan warisan sejarah, landskap mempesonakan, dan kepelbagaian budaya.

“Kazakhstan merupakan destinasi baharu AAX yang mendapat sambutan mengagumkan dan jualan promosi ini membuktikan komitmen kami untuk menawarkan perjalanan lebih lancar dan berpatutan kepada para tetamu, termasuk ke destinasi-destinasi menarik seperti Almaty.

“Kami menjangka permintaan tinggi khususnya daripada golongan pelajar dari Almaty atau pengembara yang ingin melawat Kuala Lumpur dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama,” Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail.

Tambang promosi kini boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Oktober 2024.

Untuk info, Almaty terletak di kawasan pergunungan Trans-Ili Alatau merupakan destinasi unik antara dunia moden dan tradisional serta menawarkan pengalaman pelancongan baharu.

Selain pelbagai pusat dan bangunan unik, keindahan alam semula jadi dan kulinari melazatkan, Almaty menawarkan tarikan menakjubkan seperti Zenkov Cathedral, arena ski di kawasan pergunungan dan banyak lagi untuk semua.


Sejarah Almaty

Bandar Almaty di Kazakhstan berfungsi sebagai pusat unik di Asia Tengah. Bandar ini merupakan bekas ibu kota Kazakhstan (sebelum dipindahkan ke utara ke Nur Sultan iaitu dikenali sebagai Astana) dan kini menjadi sebuah bandar moden dengan lebih daripada dua juta penduduk, mempunyai seni bina menarik dan suasana kafe yang meriah suasananya.

Almaty sebagaimana yang kita kenali sekarang, bermula naik dalam tahun 1854 di bawah kawalan tentera Rusia, yang membina sebuah benteng di sini.
(Sumber gambar: Envato)

Oh! Korang tahu tak sebenarnya pada tahun 2018 Kazakhstan telah membuka pintu sepenuhnya buat para pelancong di seluruh dunia. Namun dua tahun selepas itu, seluruh dunia telah ‘terkurung’ akibat pandemik. Jadi sejujurnya, perjalanan korang untuk ke Almaty dan Kazakhstan ini sememangnya baru sahaja bermula.

Sebelum itu, Kazakhstan sedang berusaha mengenali pemerintahan sendiri selepas seribu tahun. Negara ini telah ditakluki, diperintah, diperdagangkan, dan ditakluki sekali lagi sepanjang zaman. Pada abad ke-13, Almaty ditakluki oleh Mongol, yang memusnahkan bandar sedia ada secara sepenuhnya. Selepas itu, kawasan ini berpindah tangan dari Uzbek kepada tangan Rusia, dan akhirnya kepada tangan Soviet.

Walaupun ramai orang Kazakhstan masih menjalani gaya hidup nomadik sebelum pemerintahan Soviet, gaya hidup itu mula surut apabila Empayar Soviet mengukuhkan penguasaannya di kawasan ini.

Berikut merupakan jadual penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Almaty (ALA):

*Tambang promosi termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan yuran lain yang berkenaan. Bergantung pada ketersediaan tempat duduk bagi tempahan awal.

*Tertakluk pada terma dan syarat lain.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd