Now Reading
BJAK Beri Penjelasan Selepas Terpalit Isu Perkhidmatan Tiada Kelulusan Dari JPJ

BJAK Beri Penjelasan Selepas Terpalit Isu Perkhidmatan Tiada Kelulusan Dari JPJ

BJAK tidak menafikan isu yang timbul melibatkan pihak JPJ dan akan bekerjasama dengan organisasi terbabit bagi membantu pemilik kenderaan di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan melibatkan syarikat BJAK Sdn Bhd (BJAK) baru-baru ini menjadi bualan hangat masyarakat selepas terpalit dengan isu mengenai servis yang ditawarkan.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menegaskan bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) tidak pernah memberikan apa-apa kelulusan kepada syarikat berkenaan berhubung perkhidmatan untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan secara dalam talian.

Perkara ini mendapat perhatian JPJ selepas menerima aduan tentang ketidakpuasan hati pelanggan tentang tindakan BJAK yang dikatakan mengenakan caj tambahan semasa ingin memperbaharui cukai jalan.

Baca Artikel Berkaitan: BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ


Ini Pula Respon Dari BJAK

Selepas terpalit dengan isu yang dikaitkan dengan perkhidmatan mereka, BJAK tampil mengeluarkan kenyataan bagi memberikan penjelasan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, BJAK memaklumkan bahawa perkhidmatan cukai jalan yang ditawarkan mereka masih beroperasi seperti biasa dan lancar namun kini diberikan secara percuma untuk semua pelanggan bagi memudahkan dari segi kos pembayaran.

Sumber: BuzzKini

Menurut BJAK, perkhidmatan utamanya adalah perbandingan dan pembaharuan insurans kenderaan bermotor “disertakan dengan perkhidmatan VIP yang khas untuk para pelanggan”.

Jelasnya lagi, syarikat tersebut sebelum ini menanggung segala caj kepada pembekal rasmi JPJ.

Platform lain biasanya mengenakan bayaran yang berkisar dari RM3.00 hingga RM11.00 untuk perkhidmatan pembaharuan, BJAK telah menjadikan perkhidmatan pilihan ini percuma untuk semua pelanggan.

BJAK.

Sementara itu, BJAK tidak menafikan isu yang timbul melibatkan pihak JPJ dan akan bekerjasama dengan organisasi terbabit bagi membantu pemilik kenderaan di Malaysia.

BJAK mengakui isu-isu yang dibangkitkan oleh JPJ dan sedang aktif bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membantu meningkatkan pengalaman bagi semua pemilik kenderaan di Malaysia.

BJAK.

Turut mengulas isu kempen cukai jalan percuma mereka, BJAK menjelaskan bahawa ia adalah sebahagian daripada inisiatif swasta bagi meningkatkan nilai pelanggan dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mandat kerajaan.

Sebagai info, BJAK adalah sebuah platform yang menyediakan perkhidamatan untuk membuat perbandingan serta pembaharuan insurans kenderaan bermotor.


Isu Melibatkan Pihak JPJ Dan BJAK

Terdahulu, JPJ turut memuat naik kenyataan berhubung isu ini di laman Facebook (Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia) dengan mendedahkan bahawa pihak mereka tidak mempunyai sebarang integrasi antara sistem JPJ iaitu mySIKAP dengan sistem yang digunakan oleh BJAK.

JPJ ingin menegaskan bahawa pihak MOT atau JPJ tidak pernah meluluskan sebarang pengenaan caj tambahan yang pada masa ini dikenakan oleh BJAK kepada pelanggannya

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Tambahnya lagi, kenyataan BJAK berhubung perkhidmatan mereka yang diluluskan oleh JPJ juga adalah tidak benar.

Pihak JPJ juga ingin memaklumkan bahawa terdapat kenyataan yang telah dipaparkan oleh BJAK melalui laman sesawang mereka iaitu ‘pembaharuan roadtax secara dalam talian di BJAK telah diaudit, disah dan diluluskan oleh JPJ’ adalah tidak benar dan mengelirukan orang awam.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Susulan itu, pihak JPJ menasihati orang ramai untuk melakukan pembaharuan cukai jalan melalui JPJ atau beberapa platform lain seperti Pos Malaysia, MyEG dan PUSPAKOM.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd