Now Reading
7 Tahun Tak Renew Roadtax Kereta, BMW X6 Ditahan & Disita Oleh JPJ

7 Tahun Tak Renew Roadtax Kereta, BMW X6 Ditahan & Disita Oleh JPJ

Cukai jalan bagi kereta mewah jenis BMW X6 itu dipercayai tidak diperbaharui sejak tujuh tahun lalu kerana hanya digunakan untuk jarak dekat sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, setiap kenderaan perlu mempunyai cukai jalan atau ‘roadtax’ yang sah dan tidak tamat tempoh untuk membolehkan ia dibawa di jalan raya.

Roadtax adalah sejenis cukai yang perlu diperbaharui setiap tahun untuk digunakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) bagi proses membaiki, membina dan menaik taraf jalan di seluruh negara.

Meskipun peraturan ini telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, namun masih ada pihak yang enggan mengikuti undang-undang berkenaan.


Pemilik Kereta BMW X6 Sudah 7 Tahun Tak Perbaharui Cukai Jalan

Memetik Kosmo, seorang lelaki berusia 59 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas didapati memandu kenderaan mewah jenis BMW X6 yang mempunyai cukai jalan tamat tempoh.

Difahamkan, cukai jalan bagi kereta mewah itu telah tamat tempoh sejak tujuh tahun lalu dan tidak diperbaharui sehingga penahanan dilakukan menerusi Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 di Lebuh Raya Grand Sepadu menghala ke Bukit Raja pada Selasa lalu (16 April).

Selepas soal siasat dilakukan, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan memberitahu bahawa pemandu berkenaan baru sahaja pulang dari membeli barangan di sebuah kedai di Kapar, Klang.

Sumber: Kosmo

Guna Alasan Pandu Jarak Dekat Untuk Tak Perbaharui Cukai Jalan

Tambah Azrin lagi, lelaki terbabit juga memberikan alasan untuk tidak memperbaharui cukai jalan bagi kenderaan tersebut kerana hanya menggunakan kereta utiliti sukan (SUV) itu pada jarak dekat sahaja.

Lelaki berkenaan juga mengakui tidak pernah menukar nama selepas membeli kenderaan tersebut. Kenderaan terbabit juga tidak mempunyai insurans sebagai perlindungan diri.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan.

Susulan itu, kereta mewah tersebut telah dibawa ke JPJ Shah Alam untuk disita di bawah Seksyen 64(1) APJ.


Pengguna Jalan Raya Masih Boleh Perbaharui Lesen Dan Roadtax Menerusi MYEG

Selepas pengumuman tentang pendigitalan lesen memandu dan juga roadtax, sesetengah masyarakat mula keliru tentang proses untuk memperbaharui dokumen tersebut.

Jangan risau kerana anda masih boleh memperbaharui lesen dan juga roadtax seperti biasa menggunakan MYEG.

Sumber: MalayMail

Apa yang membezakan adalah anda boleh menolak untuk menerima salinan lesen memandu dan juga roadtax.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Dapatkan Lesen Memandu & Roadtax Digital Anda Di Aplikasi MyJPJ

Baca Artikel Berkaitan: Roadtax Tak Perlu Dipamer Untuk Kenderaan Persendirian – Anthony Loke

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Sanggup Cari Roadblock Untuk Cuba Roadtax Digital Dalam Aplikasi MyJPJ


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd