Now Reading
[Video] Pemandu Sanggup Cari Roadblock Untuk Cuba Roadtax Digital Dalam Aplikasi MyJPJ

[Video] Pemandu Sanggup Cari Roadblock Untuk Cuba Roadtax Digital Dalam Aplikasi MyJPJ

Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memuji pemandu itu kerana menyahut seruan kerajaan untuk mendigitalisasikan penggunaan roadtax.

Semata-mata Nak Guna Roadtax Digital, Pemandu Ini Sanggup Cari Ronda Roadblack JPJ

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 10 Februari lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan bahawa rakyat Malaysia yang membawa kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan pelekat cukai jalan pada cermin kenderaan mereka.

Pendigitalan pelekat cukai jalan atau roadtax itu secara tidak langsung akan membatalkan penguatkuasaaan Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang menyatakan bahawa lesen kenderaan bermotor mesti dipamerkan.

Roadtax tersebut boleh diakses melalui laman web JPJ atau aplikasi mudah alih MyJPJ selepas pengguna mendaftar akaun.

BACA JUGA: Roadtax Tak Perlu Dipamer Untuk Kenderaan Persendirian – Anthony Loke


Pemandu Sengaja Cari Sekatan Jalan Raya Untuk Tunjuk Roadtax Digital Kepada Anggota JPJ

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@AjiqCaster), seorang lelaki ini dikatakan sanggup keluar memandu untuk mencari mana-mana Sekatan Jalan Raya (SJR) semata-mata untuk mencuba sendiri roadtax berbentuk digital itu.

Dalam awal video itu, kelihatan pelekat roadtax itu sudah ditanggalkan dari cermin kereta.

Ketika ditahan oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekatan jalan raya, kedengaran mereka tertawa kecil apabila ditanya sama ada pemandu memiliki roadtax atau tidak.

Selepas menunjukkan roadtax miliknya dalam bentuk digital, anggota JPJ yang sedang bertugas memujinya kerana telah menyahut seruan kerajaan dalam pelaksanaan mereka mendigitalisasikan pelekat cukai jalan.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 823,500 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@namasayahaziq_/video/7199492791712468251

Ramai Beri Pendapat Cara Tampal Roadtax Di Cermin Lebih Praktikal

Di ruangan komen video tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen tentang penggunaan roadtax versi digital itu.

Ada yang memberi pendapat bahawa roadtax yang ditampal di cermin kenderaan lebih praktikal dan mudahkan pengguna.

Sesetengah netizen juga mempersoalkan bagaimana jika telefon mereka sudah kehabisan bateri atau jika mereka ditahan ketika menggunakan kereta sewa.

Mereka juga prihatin dengan nasib warga emas yang kurang mahir untuk menggunakan aplikasi berkenaan jika ada anggota JPJ yang ingin melihat roadtax kenderaan.


Pengguna Jalan Raya Masih Boleh Perbaharui Lesen Dan Roadtax Menerusi MYEG

Selepas pengumuman tentang pendigitalan lesen memandu dan juga roadtax, sesetengah masyarakat mula keliru tentang proses untuk memperbaharui dokumen tersebut.

Jangan risau kerana anda masih boleh memperbaharui lesen dan juga roadtax seperti biasa menggunakan MYEG.

Apa yang membezakan adalah anda boleh menolak untuk menerima salinan lesen memandu dan juga roadtax.

BACA JUGA: Don’t Worry, You Can Still Renew Your Licence, Road Tax Via MYEG


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd