Now Reading
[Video] Lampu Albino Pada Kenderaan Dibenar Atau Tidak? Ini Penjelasannya

[Video] Lampu Albino Pada Kenderaan Dibenar Atau Tidak? Ini Penjelasannya

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Rahman itu, persoalan mengenai penggunaan lampu albino sering diajukan oleh orang ramai terhadapnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sudah menjadi satu hobi buat para pencinta automotif untuk memodifikasi kenderaan yang dimiliki agar kelihatan lebih cantik atau lain daripada yang lain.

Bagaimanapun, tidak semua modifikasi yang dilakukan itu mematuhi peraturan jalan raya dan dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Antara modifikasi yang sering dilakukan oleh pengguna kereta dan motosikal adalah menukar ‘cover’ lampu kenderaan menjadi warna putih sepenuhnya atau lebih popular disebut sebagai lampu albino dalam dunia permotoran.

Anggota JPJ beri penjelasan tentang lampu albino pada kenderaan, boleh atau tidak?

Susulan itu, seorang lelaki yang juga anggota JPJ telah tampil menjelaskan tentang penggunaan lampu albino pada kenderaan mengikut syarat yang ditetapkan jabatan tersebut.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @rahmanpotente, lelaki yang dikenali sebagai Rahmah itu memaklumkan terdapat banyak soalan yang diajukan kepadanya mengenai penggunaan lampu tersebut.

Kenderaan yang miliki reflector pemasangan asal kilang boleh guna lampu albino

Menurutnya, antara syarat utama untuk membolehkan pemasangan lampu albino mestilah sesuatu kenderaan itu mempunyai ‘reflector’ pemasangan asal kilang di bahagian bonet atau bumper belakang.

Jelas Rahman, ini kerana sifat lampu albino tidak seperti lampu belakang biasa yang memiliki pantulan sekiranya terkena sesuatu cahaya.

“Pada lampu asal memang terdapat satu sifat iaitu bersifat pantulan yang boleh memantulkan cahaya dalam keadaan kesemua lampu tersebut tidak berfungsi yang mana sifat ini tidak ada pada lampu albino,” katanya.

Rahman menjelaskan bahawa kenderaan yang tidak memiliki pantulan cahaya asal semasa pengeluarannya tidak dibenarkan untuk menggunakan lampu albino.

Nyalaan lampu mesti mengikut spesifikasi yang ditetapkan

Selain itu, dia berkata nyalaan bagi setiap mentol juga mestilah mengikut spesifikasi yang telah dikehendaki oleh Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya.

“Nyalaan lampu ketika malam dan brek mestilah berwarna merah, nyalaan lampu isyarat berwarna kuning dan lampu undur (reverse) berwarna putih,” katanya lagi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd