Telur Yang Nak Disimpan Tak Perlu Dicuci? Ini Sebabnya
Menurut Dr Malar, kulit telur mempunyai lapisan yang berlubang-lubang dan memiliki lapisan pertahanan yang dikenali sebagai kutikula (egg bloom).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
“Telur itu dah cuci ke belum?”
Begitulah soalan yang sering diajukan sesetengah orang bagi memastikan telur yang dimasak itu berada dalam keadaan bersih.
Malah sudah menjadi kebiasaan untuk orang ramai terus mencuci telur yang telah dibeli sebelum disimpan di tempat penyimpanan seperti di dalam peti sejuk.
Mana tidaknya, telur yang dibeli di pasar raya mahupun kedai runcit pasti memiliki kotoran seperti habuk atau najis ayam.
Dr Malar nasihat jangan cuci telur sebelum simpan
Bagaimanapun, doktor perubatan dan influencer, Dr Malar menasihati orang ramai agar tidak mencuci telur yang ingin disimpan.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@drmalarss), Dr Malar berkata kulit telur mempunyai lapisan yang berlubang-lubang dan memiliki lapisan pertahanan yang dikenali sebagai kutikula (egg bloom).
Kutikula bantu halang udara atau bakteria memasuki telur
Menurutnya, fungi kutikula adalah sebagai mekanisma pertahanan untuk menghalang udara ataupun bakteria daripada luar masuk ke dalam telur.
“Sebab kalau ada udara atau bakteria masuk ke dalam telur, nanti rosak atau basi lah isi di dalam telur tersebut. Sebab itu tuhan wujudkan secara semula jadi lapisan kutikula ini,” jelasnya.
Cuci telur boleh menyebabkan lapisan kutikula tertanggal
Ujar Dr Malar, perbuatan mencuci telur sebelum menyimpannya akan menyebabkan lapisan kutikula terbabit tertanggal daripada kulit telur.
“Maka tertanggallah pertahan semula jadi, lagi cepatlah basi ataupun rosak telur yang kita dah beli daripada kedai,” katanya.
2 cara simpan telur yang betul, tetap perlu dicuci sebelum masak
Susulan itu, Malar berkongsi dua cara penyimpanan telur yang betul bagi mengelakkannya daripada cepat rosak atau busuk.
Cara pertama, telur yang telah dicuci haruslah dikeringkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas tertutup dan kemudiannya diletakkan di dalam peti sejuk dengan suhu bawah 4 darjah celsius.
Katanya, telur terbabit sebaiknya disimpankan di bahagian dalam peti sejuk dan bukannya di bahagian pintu peti sejuk yang suhu boleh berubah-ubah setiap kali dibuka atau ditutup.
Kaedah penyimpanan kedua pula adalah simpan di kawasan terbuka dengan syarat telur tersebut tidak boleh dicuci, namun perlul dibersihkan dengan cara mencucinya sebelum memasak telur tersebut.
Artikel Berkaitan: “Telur Ni Elok Ke Rosak?” – Hilang Tarikh Luput? Ini Cara Mudah Semak Tahap Kesegaran Telur Ayam Sebelum Dimasak
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram