Now Reading
Pamer Gambar Agong Ketika Kempen PRK, Lelaki Dipenjara 1 Bulan & Denda RM3,000

Pamer Gambar Agong Ketika Kempen PRK, Lelaki Dipenjara 1 Bulan & Denda RM3,000

Sebuah bingkai gambar bersama wajah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dilekatkan pada bahagian bumbung kereta ketika sedang berkempen.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, tular foto sebuah kenderaan mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang dipandu oleh seorang lelaki ketika sedang sibuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada Ahad lalu (5 Mei).

Gambar tersebut bukan sahaja ditampal pada badan kereta, malah, sebuah bingkai gambar bersama wajah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dilekatkan pada bahagian bumbung kereta.

Susulan itu, dua orang individu telah ditahan reman selama tiga hari bermula semalam (5 Mei) atas tindakan mereka tersebut dan kenderaan pikap berkenaan juga dirampas.

Memetik laporan Astro Awani, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor merangkap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Saya minta ia disiasat. Mungkin hasratnya lain tetapi ia harus disiasat apa tujuan mereka sebenarnya,” kata Amirudin.


Individu Didenda Dan Dipenjara

Terbaharu, seorang lelaki orang lelaki berusia 66 tahun dikenali sebagai P Ramasamy telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini (6 Mei).

Tertuduh telah didakwa di bawah Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mengembangkan niat jahat.

Dia kemudian mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Fatimah Talib, lapor Berita Harian.

Sumber: Harian Metro

Dia bagaimanapun mengakui tidak mengetahui perbuatan itu tidak boleh dilakukan.

“Saya tidak ada niat, cuma buat ikut minat dan kerja saya sahaja,” kata P Ramasamy.

Tertuduh kemudiannya dijatuhi hukuman penjara selama satu bulan dan denda sebanyak RM3,000.

Lelaki terbabit walau bagaimanapun akan diberikan tambahan tempoh penjara selama 10 bulan sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd