Now Reading
“Macam Koir Sekolah” – Persembahan Lagu Drunk Text Oleh Henry Moodie Pukau Peminat

“Macam Koir Sekolah” – Persembahan Lagu Drunk Text Oleh Henry Moodie Pukau Peminat

Menerusi video dikongsi oleh salah seorang pengunjung, pusat beli-belah The Exchange TRX dibanjiri peminat yang ramai bagi menikmati persembahan oleh Henry Moodie.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


“I wish I was who you drunk texted at midnight~”.

Sudah pasti ramai di kalangan anak muda ketika ini mengenali lirik lagu Drunk Text nyanyian Henry Moodie.

Malah ramai tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan pertama kali Henry di Malaysia semalam (5 Mei) yang berlangsung secara percuma di pusat membeli-belah The Exchange TRX.


Orang Ramai Banjiri TRX Untuk Berjumpa Dengan Henry Moodie

Orang ramai yang hadir turut tidak melepaskan peluang untuk merakam dan memuat naik video persembahannya di laman TikTok. Antaranya seorang pengguna (@shazlinnaa). Klip tersebut menyaksikan sejumlah pengunjung yang ramai di TRX bagi menghadiri persembahan penyanyi kegemaran ramai itu.

Bagi memenuhi hajat para peminat, Henry telah menyanyikan lagi ‘Drunk Text’ bersama melodi dari digital piano yang merdu.

Dapat dilihat para peminat bukan sahaja berkumpul di tingkat dua seperti yang ditetapkan, malah setiap tingkat di pusat beli-belah itu dibanjiri dengan pengunjung yang menyanyi bersama-sama.

@shaz_2143 satu trx galau😙 #henryinkl #trxexchangemall #trx #henrymoodie #henryinkl #drunktext @Henry Moodie ♬ SPOT! (feat. JENNIE) – ZICO & JENNIE

Henry Moodie Tak Terkata Lihat Peminat Yang Ramai

Kalau anda dengar sendiri daripada video dikongsi, kelihatan pengunjung menyanyi secara serentak beramai-ramai.

Gema nyanyian berkenaan membuatkan situasi tersebut kelihatan seperti sebuah persembahan koir!

Henry menerusi perkongsian di Instagram Story turut meluahkan rasa syukur selepas melihat orang ramai yang datang untuk berjumpa dengannya selain berjanji akan kembali ke Malaysia sekali lagi pada masa akan datang.

“I am speechless. Thank you Malaysia,” katanya.

Sumber: Instagram (@henrymoodie)

Netizen Kagum Lihat Peminat Nyanyi Sekuat Hati

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa kagum melihat semangat para pengunjung yang menyanyikan lagu Drunk Text.

“Rakyat Malaysia suka lagu galau, tetapi sedap koir ni,” kata seorang individu.

Malah, ada juga yang memuji nyanyian peminat yang dikatakan harmoni walaupun dalam keadaan bersesak di pusat beli-belah itu.

“Wah, harmoni semua ton (nyanyian) sama,” jelas seorang pengguna laman TikTok.

Ada juga yang berkata mereka tidak nampak Henry walaupun berada di kawasan sama, tetapi ia tidak menghalangnya untuk bersama-sama menyertai persembahan tersebut.

“Tak nampak Henry pun, takpe janji boleh join nyanyi sekali,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@shazlinnaa)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd