Now Reading
“Apahal Ralit Sangat?” – Sekumpulan Lelaki Khusyuk Tengok Backhoe ‘Beraksi’ Buat Geng Wanita Tertanya-tanya [Video]

“Apahal Ralit Sangat?” – Sekumpulan Lelaki Khusyuk Tengok Backhoe ‘Beraksi’ Buat Geng Wanita Tertanya-tanya [Video]

Video yang hanya berdurasi 13 saat itu ternyata mendapat perhatian ramai dengan jumlah tontonan melebihi 500 ribu setakat artikel ini ditulis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kaum lelaki pasti memiliki minat tersendiri seperti meminati gadget, permotoran, permainan alat kawalan jauh dan banyak lagi.

Namun, ia bukanlah sesuatu perkara yang pelik atau aneh jika ada yang berkongsi minat yang sama sehingga sanggup menubuhkan sesuatu kelab.

Selain meminati sesuatu, terdapat juga satu sifat aneh yang dimiliki hampir kesemua lelaki yang sehingga kini menjadi persoalan kebanyakan wanita.

Tular video sekumpulan lelaki termenung tengok jengkaut korek tanah

Baru-baru ini, tular di media sosial video sekumpulan lelaki yang termenung melihat sebuah backhoe (pengorekkaut) sedang melakukan proses mengorek tanah dipercayai berdekatan sebuah kedai makan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @merqueen_at, kelihatan sekumpulan lelaki daripada pelbagai lapisan usia itu begitu ralit dan leka melihat backhoe berkenaan sedang bekerja.

Leka lihat backhoe seolah tak hirau keadaan di sekeliling

Malah mereka juga kelihatan seolah-olah tidak lagi menghiraukan keadaan di sekeliling kerana terlalu asyik melihat proses penggorekkan tanah itu.

“Lelaki dari kecil sampai besar sama sahaja,” ringkas tulis pemilik video yang terhibur melihat perkara itu.

Video yang hanya berdurasi 13 saat itu ternyata mendapat perhatian ramai dengan jumlah tontonan melebihi 500 ribu setakat artikel ini ditulis.

Video sebegitu bukanlah kali pertama, bahkan sebelum ini juga pernah tular video beberapa orang lelaki termasuk kanak-kanak sedang ralit melihat backhoe menggorek tanah.

https://www.tiktok.com/@anasiylia/video/7212820591886306566?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7222916125221733890

Netizen terhibur, siap ada kaum wanita yang persoal

Sementara itu, memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat telatah sekumpulan lelaki terbabit yang begitu leka melihat backhoe sedang mengorek tanah.

Tidak hanya itu, segelintir netizen wanita juga turut mempersoalkan tentang tindakan lelaki yang suka melihat jengkaut membuat kerja.

Kebanyakan komen daripada kaum lelaki mendakwa bahawa perbuatan terbabit memiliki kepuasan tersendiri yang sukar digambarkan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd