Now Reading
Roadtax Tak Perlu Dipamer Untuk Kenderaan Persendirian – Anthony Loke

Roadtax Tak Perlu Dipamer Untuk Kenderaan Persendirian – Anthony Loke

Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan tidak lagi dikuatkuasakan, namun secara berperingkat.

roadtax

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kementerian Pengangkutan sedang mendigitalkan perkhidmatan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan antara kebaikan yang akan rakyat Malaysia nikmati pada ketika ini adalah kenderaan persendirian tidak lagi perlu mempamerkan pelekat cukai jalan pada cermin kenderaan mereka.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkongsi berita berkenaan hari ini (10 Februari) di mana beliau memaklumkan bahawa tidak akan ada lagi penguatkuasaan untuk Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan.

Bahagian tersebut menyatakan bahawa lesen kenderaan bermotor mesti disangkut dan dipamerkan pada kenderaan.

Ini bagaimanapun dilakukan secara berperingkat dan fasa pertama yang berkuat kuasa hari ini melibatkan kenderaan persendirian dan motosikal.

Ini bermakna anda tidak lagi perlu menghabiskan masa berjam-jam untuk mencuba melekatkan cukai jalan pada cermin depan kenderaan.

Versi digital lesen kenderaan bermotor dan lesen memandu boleh diakses melalui laman web JPJ atau aplikasi mudah alih selepas pengguna mendaftar akaun.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd