Now Reading
Raih 38 Juta Tontonan, Kisah Hiba Si Ayah Tahan Lapar 4 Hari Demi Anak Sakit Leukemia Jadi Perhatian

Raih 38 Juta Tontonan, Kisah Hiba Si Ayah Tahan Lapar 4 Hari Demi Anak Sakit Leukemia Jadi Perhatian

Si ayah yang dikenali sebagai Zainuddin menceritakan bahawa dia terpaksa menanggung rawatan anak perempuannya bernama Tara yang dipercayai menghidap penyakit Leukemia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ayah adalah cinta pertama buat anak perempuan.

Walaupun gerangan bernama ayah ini sering kelihatan garang, tetapi sebenarnya mereka ini seorang yang penyayang terhadap anak-anak dan pastinya mahu sentiasa memberikan yang terbaik buat ahli keluarga.

Percayalah, mereka akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan segala keperluan bagi memudahkan urusan meskipun perlu banyak berkorban.


Ayah Dedah Pernah Tak Makan 4 Hari Untuk Pastikan Anak Cukup Makan

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna TikTok (@donnyrapu), individu yang sedang menikmati hidangan di sebuah restoran makanan segera di Indonesia terlihat kelibat seorang lelaki bersama anak perempuan berhampiran tempat duduknya.

Namun apa yang menarik perhatian individu ini adalah apabila si ayah dilihat tidak makan apa-apa hidangan dan hanya menyuap anak perempuannya sahaja.

Tidak lama selepas itu, individu berkenaan mendekati si ayah dan mereka sempat berbual.

Si ayah yang dikenali sebagai Zainuddin menceritakan bahawa dia terpaksa menanggung rawatan anak perempuannya bernama Tara yang dipercayai menghidap penyakit Leukemia.

Sebagai info, Leukemia adalah sejenis kanser darah yang berasal dari sum-sum tulang dan pesakitnya akan melalui gangguan dalam proses penghasilan sel darah putih yang terhasil tanpa kawalan.

Sumber: TikTok @donnyrapu

Ketika ditanya tentang pekerjaan yang dilakukan, Zainuddin menjelaskan dia berkhidmat sebagai pemandu dan hanya menjana pendapatan sekitar RM15 (50,000 Rupiah) dalam sehari.

Disebabkan pendapatannya yang tidak menentu dan tidak terlalu banyak, si ayah mendedahkan dia pernah menahan lapar sehingga empat hari bagi memastikan anak perempuan mempunyai hidangan untuk dimakan.

Saya pernah beli sebungkus mi segera. Dalam satu hari tu, Tara akan makan separuh paket waktu siang dan separuh lagi untuk waktu malam. Saya tak makan sebab nak bagi Tara makan.

Zainuddin.

Si ayah juga menjelaskan dia tidak mahu meminjam wang daripada rakan-rakan kerana bimbang sekiranya tidak mampu untuk membayarnya semula.

Tersentuh mendengar kisah pak cik tersebut, pengguna TikTok berkenaan turut membelikan hidangan dari restoran tersebut serta memberikan sejumlah wang kepadanya.

Pemberian dari pengguna TikTok itu membuatkan Zainuddin menangis terharu dan berterima kasih kerana kebaikan yang dilakukan.

Video berkenaan telah mencuri perhatian orang ramai di media sosial sehingga berjaya meraih 38.1 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@donnyrapu

Perjuangan pak Zainudin seorang supir angkot yang merawat anaknya Leukimia.

♬ Recollection, gentleness, kindness, piano solo 10 minutes(1019027) – 8.864

Netizen Sebak Dengar Kisah Si Ayah

Ruangan komen video berkenaan dipenuhi dengan reaksi dari netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa sedih dan sebak selepas mendengar kisah yang diceritakan oleh si bapa ujian hidupnya.

Netizen turut menangis apabila mendapat tahu bahawa si ayah sanggup tidak makan selama empat hari demi mendahulukan anaknya.

Mereka juga mendoakan agar pak cik berkenaan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusannya.

“Doa yang terbaik untuk bapanya dan semoga puterinya cepat sembuh,” ujar netizen.

Netizen juga berharap agar anak perempuannya tidak melupakan pengorbanan bapanya selepas menginjak dewasa dan dapat membalas jasa si ayah suatu hari nanti.

Sumber: TikTok

Bagi anak-anak di luar sana, hargailah segala jasa dan pengorbanan ibu bapa anda dengan membahagiakan pula kehidupan mereka dengan apa jua cara. Tanpa mereka, pastinya kita tidak dapat membesar dengan baik seperti sekarang.

Semoga Allah SWT memanjangkan umur ibu bapa kita agar kita diberi peluang untuk berbakti kepada mereka untuk tempoh yang lama.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Tak Semua Mampu Macam Abang”- Anak Lelaki Jaga Ayah Lumpuh Undang Sebak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ayah Sebak Tengok Anak Perempuan Tamat Belajar Sampai Tak Henti Keluar Air Mata

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lebih 2 Juta Tontonan, Riak Wajah Ayah Layan Anak Naik Motor Permainan Bikin Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd