Now Reading
[Foto] Kereta Mewah Selamba Parkir Di Laluan Pejalan Kaki & Selekoh Undang Kecaman

[Foto] Kereta Mewah Selamba Parkir Di Laluan Pejalan Kaki & Selekoh Undang Kecaman

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya sekitar Jalan Burma, Georgetown di Pulau Pinang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila berada di atas jalan raya, ia merupakan tanggungjawab setiap pemandu untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Sebagai contoh setiap pemandu haruslah meletakkan kenderaan di tempat betul yang telah disediakan oleh pihak berkuasa.

Hal ini kerana, tindakan meletakkan kenderaan di tempat yang salah akan menyusahkan pemandu jalan raya lain selain menyebabkan kesesakan lalu lintas.


Beberapa Buah Kereta Parkir Kereta Di Selekoh & Laluan Pejalan Kaki

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook Penang Press menyaksikan beberapa buah kereta mewah meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya sekitar Jalan Burma, Georgetown di Pulau Pinang.

Sebuah kereta jenis Lamborgini Hurucan berwarna hitam dilihat parkir di kawasan selekoh jalan. Manakala kenderaan serba guna (MPV) hitam diletakkan pada laluan pejalan kaki. Ia juga boleh menghalang Orang Kurang Upaya (OKU) untuk melalui jalan itu.

Pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam juga dilihat meletakkan kereta di atas laluan pejalan kaki.


Netizen Berang Dengan Tindakan Pemandu Tak Berhemah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat berang dengan tindakan pemandu yang tidak berhemah kerana meletakkan kereta di merata tempat.

“Kereta boleh beli walaupun ratusan ribu. Tetapi otak yang percuma tak dapat digunakan dengan baik,” ujar seorang wanita.

Ada individu yang berpendapat bahawa pemandu kereta berkenaan sengaja meletakkan kenderaan di sana untuk tujuan menunjuk.

Selain itu ada yang berkata sesetengah pemandu bukan sahaja meletakkan kenderaan di tempat terlarang tetapi juga tidak mematuhi undang-undang jalan raya lain.

“Selalu sangat tengok kereta mahal-mahal ni parking ikut suka. Kadangkala, buat pusingan-U pun ikut suka juga. Walaupun tempat tu kecil, sabar je la,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ada yang berkata tindakan tersebut adalah disebabkan jumlah parkir yang terhad di kawasan sana.

“Rasanya sebab parkir tak cukup kot. Penang jammed memanjang dengan jalan sempitnya,” jelas seorang pengguna Facebook.

Sumber: Facebook Penang Press

Isu Pemandu Parkir Kereta Atas Pejalan Kaki Sering Berlaku

Isu melibatkan pemandu meletakkan kenderaan di pejalan kaki bukanlah satu perkara asing dan kerap kali berlaku.

Seperti sebelum ini, seorang individu meluahkan kemarahannya apabila laluan pejalan kaki dihalang oleh sebuah kenderaan mewah yang diletakkan secara haram sekitar taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Menurut ciapan di laman X (Twitter @monkeydisease), kelihatan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard diletakkan di atas lintasan laluan pejalan kaki sehingga menyebabkan pengguna terpaksa menggunakan laluan jalan raya.

Sumber: X (@monkeydisease)

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Pijak Pokok Jiran Lepas Parkir Kereta Undang Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Penduduk Pasang Bumbung Depan Rumah Flat, Siap Cop Parkir Undang Pertikaian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Beradab!” – Lelaki Berang Ada Jiran Parkir Kereta Sesuka Hati Depan Pagar Rumah Hingga Halang Laluan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd