[Video] Ayah Sebak Tengok Anak Perempuan Tamat Belajar Sampai Tak Henti Keluar Air Mata
Gadis tersebut juga cuba menahan sebak dan beberapa kali memeluk bapanya bagi menenangkan orang tuanya itu yang menangis tidak berhenti.

![[Video] Ayah Tak Henti Tengok Anak Perempuan Konvo Bikin Ramai Sebak](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2023/01/Video-Ayah-Tak-Henti-Tengok-Anak-Perempuan-Konvo-Bikin-Ramai-Sebak.jpg)
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Ayah adalah cinta hati pertama buat anak perempuan dalam keluarga. Walaupun gerangan bernama ayah ini sering dilihat sebagai seorang yang berperwatakan garang, tetapi mereka sebenarnya seorang yang penyayang.
Bukan apa, mereka cuma mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan akan cuba sedaya upaya menyediakan segalanya keperluan bagi memudahkan urusan.
Sebelum ini, tular satu kisah yang berlaku di Singapura apabila seorang ayah yang dikatakan sanggup bekerja keras untuk membelikan sebuah beg tangan jenama Charles & Keith kepada anak perempuannya.
Gadis bernama Zoe itu menjelaskan bahawa beg bernilai 80$ (RM262) itu adalah satu kemewahan baginya kerana kos untuk membeli beg tersebut agak mahal dan memerlukan bapanya untuk bekerja keras bagi menghadiahkan beg itu kepadanya.
BACA JUGA: [Video] Teruja Dapat Beg Pertama Jenama Mewah Dari Ayah, Tapi Ada Pula Yang Beri Komen Negatif

Ayah Tak Berhenti Menangis Kerana Sebak Lihat Anak Perempuan Sudah Tamat Belajar Di Universiti
Kasih sayang seorang ayah dapat dilihat menerusi satu video dimuat naik di laman TikTok (@Syaf) apabila bapa kepada gadis tersebut tidak berhenti mengalirkan air mata kerana sebak melihat kejayaan yang dikecapi anak perempuannya.
Dalam video berkenaan gadis yang dikenali sebagai Syaf itu memakai jubah berwarna ungu ketika menghadiri majlis konvokesyen sebagai tanda sudah tamat belajar di sebuah universiti.
Gadis tersebut juga cuba menahan sebak dan beberapa kali memeluk bapanya bagi menenangkan orang tuanya itu yang menangis tidak berhenti.

Malah, gadis itu juga sempat membuat gurauan bagi menceriakan semula bapanya.
Dari segi fizikal, dapat dilihat bapa kepada gadis berkenaan sudah berusia apabila melihat raut wajah dan rambut yang secara keseluruhannya sudah bertukar putih.
Sebagai ayah, pastinya momen sebegini membuatkan hati mereka menjadi ’tisu’ kerana tidak menyangka anak-anak mereka sudah semakin membesar dan bakal menjadi dewasa.
Video sebak itu telah meruntun jiwa orang ramai dan meraih 633,500 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
Netizen Pun Sebak Tengok Video Ayah Tak Berhenti Menangis
Video tersebut juga dipenuhi dengan banyak komen dari netizen yang turut sebak dan mengalirkan air mata ketika melihat rakaman momen seorang ayah dan anak perempuannya.

Ada juga netizen yang meluahkan rasa rindu mereka kepada ayah mereka yang sudah meninggal dunia selepas melihat video tersebut.
Pada masa sama, mereka juga memberi nasihat agar kita menghargai ibu bapa kita dan meluangkan masa bersama mereka selagi mereka masih bernyawa.



Tanpa doa dan sokongan daripada ibu bapa, kita tidak mampu untuk mencapai kejayaan yang diberkati.
Semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk membalas semula jasa ibu bapa yang banyak berkorban demi memastikana anak-anak mereka membesar dengan baik sehingga menjadi orang yang berjaya.
BACA JUGA: “Terima Kasih Bawa Mak Jalan” – Ramai Tersentuh Hati Baca Luahan Ibu Hargai Anak Penuhi Kehendak Mak
BACA JUGA: Ajar Menari Bollywood Depan Pentas, Effort Si Ayah Tolong Anak Perempuan Curi Tumpuan Ramai
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.