Now Reading
[Video] “Tak Semua Mampu Macam Abang”- Anak Lelaki Jaga Ayah Lumpuh Undang Sebak

[Video] “Tak Semua Mampu Macam Abang”- Anak Lelaki Jaga Ayah Lumpuh Undang Sebak

Difahamkan, ayah Abdul Muqmin dikenali sebagai Mazni terkena serangan strok pada tahun 2016 hingga menyebabkannya lumpuh dan sukar untuk bergerak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum bukanlah semua di antara kita dikurniakan dengan kesihatan yang baik lebih-lebih lagi golongan dewasa yang mudah dijangkiti penyakit atas faktor usia.

Oleh disebabkan itu, ramai juga di kalangan anak-anak yang mengorbankan masa mereka demi menjaga ibu bapa tercinta.

Baca Artikel Berkaitan: Kasih Anak Lelaki Jaga Ibu Lumpuh Hidap Penyakit Kronik Sejak 12 Tahun Lalu


Anak Lelaki Jaga Ayah Hidap Strok

Seperti video yang dikongsikan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Abdul Muqmin di laman TikTok (@gemux_official), dia dilihat sedang menguruskan ayahnnya, Mazni Abdul Hamid yang menghidap strok termasuklah memandikannya, lapkan badan menggunakan tuala dan memakaikan lampin serta pakaian.

Bukan itu sahaja, dia turut membantu mengetip kuku jari semasa ayahnya sedang tidur. Sejak beberapa bulan lalu, dia telah muat naik banyak video menyaksikan rutin hariannya menjaga si bapa dari awal pagi hingga la ke waktu malam.

Dalam videonya terdahulu, dia juga telah bangun awal pagi untuk sediakan sarapan buat si ayah.

Sumber: TikTok (@gemux_official)

Tak Sambung Belajar & Tolak Tawaran Kerja Untuk Jaga Ayah

Memetik mStar, Abdul Muqmin telah melupakan niat untuk menyambung pengajian dan mencari pekerjaan demi menjaga ayah tercinta. Tambahnya lagi, dia mahu membalas segala jasa baik dan pengorbanan si ayah selama ini.

“Tipu la kalau saya tak teringin nak bina kerjaya, tapi saya sanggup tak bekerja untuk menjaga abah. Saya tolak semua tawaran untuk sambung belajar, termasuk dalam bidang perkapalan,” katanya.

@gemux_official

sesungguhnya janji Allah itu pasti semuanya sudah diatur olehnya #Allahsayang #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #fyp

♬ suara asli – nama palsu – nama palsu

Untuk makluman semua, ayah kepada Abdul Muqmin yang berusia 57 tahun itu menghidap penyakit darah tinggi sebelum diserang strok pada tahun 2016. Oleh disebabkan strok tersebut, ayahnya kini lumpuh dan sukar untuk melakukan pergerakan.

Jelasnya yang kini tinggal bersama kakak sulung yang bekerja sebagai kerani, dia mengambil tanggungjawab untuk menjaga ayah selepas ibunya meninggal dunia pada enam tahun lalu akibat kanser payudara.

@gemux_official

yang baik semuanya datang Dari Allah #allahsayang#fyp

♬ Cooking Time – ZydSounds

Netizen Beri Semangat Kepada Abdul Muqmin

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah memberikan semangat kepada Abdul Muqmin untuk sentiasa kuat dan tidak mengalah bagi menjaga orang tua yang sedang uzur.

“Tak semua orang mampu buat macam abang. Allah SWT sayang, semoga abang dan ayah dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@gemux_official)

Ramai juga di kalangan orang ramai yang memuji tindakan anak lelaki tersebut untuk berbakti kepada ayah.

“Big respect kepada lelaki yang tahu tanggungjawab dia dan sanggup korbankan apa yang dia mahukan demi berbakti kepada orang tua,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@gemux_official)

Netizen juga tidak terlepas menitipkan doa buat si anak yang gigih menjaga bapa yang kurang upaya.

“Ya Allah, semoga syurga buat kamu wahai anak soleh. Semoga dipermudahkan urusan dan diberi kesihatan yang baik buat kamu serta ayah,” jelas seorang gadis.

Sumber: TikTok (@gemux_official)

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan teladan buat anak muda di luar sana agar tidak berkira untuk berbakti kepada ibu bapa yang sudah banyak mengorbankan masa dan tenaga mereka buat anda semua.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Sanggup Berhenti Kerja, Niat Jaga Ibu Uzur Sepenuh Masa

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar 11A SPM Jaga Ibu Hingga Akhir Hayat Dapat 10 Tawaran Pengajian & Biasasiswa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd