Now Reading
Kasih Anak Lelaki Jaga Ibu Lumpuh Hidap Penyakit Kronik Sejak 12 Tahun Lalu

Kasih Anak Lelaki Jaga Ibu Lumpuh Hidap Penyakit Kronik Sejak 12 Tahun Lalu

Zhiyang telah menjaga emaknya yang menghidap penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) sejak 2011 hingga ke hari ini.

anak jaga ibu OKU

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ibu bapa adalah insan yang paling istimewa dalam hidup kerana mereka telah menghabiskan masa dan tenaga untuk membesarkan serta menjaga anak sejak kecil hinggalah besar.

Atas pengorbanan yang tidak terhingga, sudah menjadi tanggungjawab anak untuk berbakti dan menghormati orang tua.

Banyak sebenarnya cara untuk membalas penghargaan kepada ibu bapa anda seperti membawa mereka keluar berjalan-jalan, belanja makan, membersihkan rumah dan lain-lain.


Anak Umur 22 Jaga Ibu Lumpuh Sejak 12 Tahun Lalu

Baru-baru ini tular satu klip video yang telah dikongsi di laman Weibo, menyaksikan seorang lelaki bernama Yang Zhiyang, 22 berasal dari Shaanxi, China menjaga ibunya yang menghidapi satu penyakit kronik dipanggil sebagai Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) sejak 12 tahun yang lalu.

Memetik laporan Xinhua News, Zhiyang telah menjaga emaknya Su Ping, 43 bermula tahun 2011 dan secara sepenuh masa sejak tiga tahun lalu setelah menamatkan pengajian.

Penyakit ALS tersebut telah menyebabkan ibu Zhiyang mengalami kelumpuhan hingga menyebabkan dia tidak mampu membuat sebarang aktiviti bersendirian.

Dalam video itu, lelaki itu boleh dilihat sedang menjaga proses pemulihan dan keperluan harian ibunya seperti menyuapkan makanan, mengeringkan rambut, menggosok gigi, memakaikan krim penjagaan kulit dan melakukan beberapa senaman fisioterapi.

Sumber: Weibo/Xinhua News

Apa yang membuatkan situasi itu lebih sebak adalah apabila melihat si ibu sentiasa mengukir senyuman ketika anaknya sedang menghulurkan bantuan.

Zhiyang juga memaklumkan bahawa dia membuat keputusan untuk merakam setiap momen dan perjalanan menjaga ibunya bagi memberi pemahaman dan pendedahan kepada orang awam tentang ALS dengan lebih baik.

Sebelum ini, Zhiyang telah memenangi “Anugerah Khas Tenaga Positif Harian” dan wang tunai sebanyak S$933 (kira-kira RM3,210.84) daripada ‘Charity’ Alibaba kerana tingkah lakunya yang layak dicontohi oleh orang ramai.


Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis

ALS adalah sejenis penyakit yang memberi kesan kepada sel saraf motorik (gerakan otot) di otak dan sumsum tulang belakang.

Untuk pengetahuan semua saraf motorik berfungsi untuk mengawal seluruh gerakan refleks pada otot wajah, lengan, dan kaki.

Punca utama yang menyebabkan penyakit ini berlaku tidak dapat dikenal pasti lagi, namun dalam beberapa kes yang telah dicatatkan, ia dipercayai berhubung kait dengan faktor genetik di mana ia mampu disebarkan sebanyak 50% kepada generasi akan datang.

Sumber: Hello Sehat/Tips Kesihatan

Simptom awal yang boleh diperhati adalah seperti berikut:

  • Kekejangan otot dan sendi badan.
  • Kesukaran sewaktu makan.
  • Percakapan terganggu.
  • Selalu jatuh dan tersadung.
  • Kesukaran membetulkan postur tubuh badan.
  • Kerap tersedak dan air liur meleleh tanpa disedari.

Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai penyakit ini masih mampu berfikir dengan baik berinteraksi dengan orang lain.

Akan tetapi pesakit ALS tidak berkemampuan untuk mengawal keinginan untuk membuang air besar dan air kecil.

Semoga perkongsian di atas sedikit sebanyak membantu anda untuk lebih mengenali penyakit ini.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Sanggup Berhenti Kerja, Niat Jaga Ibu Uzur Sepenuh Masa

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar 11A SPM Jaga Ibu Hingga Akhir Hayat Dapat 10 Tawaran Pengajian & Biasasiswa

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Bawa Mak Jalan” – Ramai Tersentuh Hati Baca Luahan Ibu Hargai Anak Penuhi Kehendak Mak

Sumber: Mothership | Xinhua News | Siloam Hospitals


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd