Now Reading
“Sampai Toleh Belakang” – Lelaki Pakai Baju Melayu Di China Curi Perhatian Ramai

“Sampai Toleh Belakang” – Lelaki Pakai Baju Melayu Di China Curi Perhatian Ramai

Seorang lelaki dikenali sebagai Ali dilihat memperagakan Baju Melayu berwarna hijau sekitar bandar dan stesen kereta api di Chengdu, China.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pakaian tradisional seperti Baju Melayu dan Baju Kurung sering menjadi pilihan rakyat Malaysia semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Malah pakaian ini juga tidak asing di kalangan mereka yang bukan berbangsa Melayu kerana turut digunakan untuk acara-acara rasmi.

Dari segi rekaan, ia turut digemari segelintir masyarakat luar negara khususnya buat mereka yang pernah berkunjung ke Malaysia atau tahu budaya di sini.


Lelaki Peragakan Baju Melayu Sekitar Bandar Di China

Namun baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@aligoodguy) apabila seorang TikToker lelaki dikenali sebagai Ali sedang memperagakan Baju Melayu yang dipakai di Chengdu, China.

Menerusi klip video berkenaan, lelaki berbangsa Cina yang memakai Baju Melayu berwarna hijau itu dengan bersahaja berjalan-jalan di sana untuk melihat reaksi orang awam terhadap pakaian yang asing dari budaya orang setempat.

Ali telah berjalan-jalan di sekitar bandar dan juga stesen kereta api. Rata-rata daripada mereka yang terserempak dengan Ali dilihat tertarik dan tidak dapat mengalihkan pandangan dengan gayanya yang berbaju Melayu dan bersampin.

Sumber: TikTok (@aligoodguy)

Ada juga di antara mereka yang merenung Ali dari atas ke bawah. Malah, segelintir individu yang sedang bersiar-siar di bandar itu juga menoleh ke belakang dengan reaksi yang muka yang pelik seperti tertanya-tanya tentang baju yang dipakai oleh TikToker tersebut.

Selain itu, ada juga seorang makcik dilihat merakam lelaki berkenaan.

Untuk info, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet dengan jumlah tontonan lebih 3 juta setakat artikel ini ditulis.

@aligoodguy Selamat Hari Raya kawan kawan 😆🇲🇾 Jom kita tengok expression orang luar negara bila lali pertama tengok Baju Melayu kita 🤣 #aligoodguy #selamathariraya #hariraya #Bajumelayu #sampinraya ♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Netizen Bangga Baju Melayu Diperagakan Di China

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji tindakan Ali dalam memartabatkan budaya tempatan dan mempromosikan baju tradisional tersebut kepada penduduk luar negara.

“Saya suka. Terima kasih bos sebab perkenalkan baju tradisi kita (rakyat Malaysia) di negara luar,” kata seorang individu.

Malah ada juga netizen yang berkongsi pengalamannya apabila menyarungkan baju tradisional di negara asing.

“Berbeza dengan saya pakai Baju Kurung di Hunza Valley (Pakistan), semua teruja tanya baju apa ni,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada juga berpendapat penampilan Ali akan lebih segak jika Baju Melayu itu dipadankan dengan songkok. Jelas Ali, dia pada awalnya memang berniat untuk memakai songkok, tetapi terbeli saiz yang lebih kecil.

“Kalau sertakan dengan songkok atau tanjak lagi tambah terbeliak mata-mata yang memandang,” jelas seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@aligoodguy)

Bagus inisiatif lelaki ini, mana tahu akan lebih ramai masyarakat luar yang mengenali budaya dan tradisi orang Melayu pada masa akan datang?

@aligoodguy Selamat Hari Raya 🇲🇾 #bajumelayu #hariraya ♬ ぐだぐだな感じ – yuki

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 6 Tutorial Cara Pakai Sampin Untuk Lebih Bergaya Pada Pagi Raya

Baca Artikel Berkaitan: [Watch] Malaysian Makes Guinness World Record By Running In London Marathon Dressed In Baju Melayu

Baca Artikel Berkaitan: Terpaksa Tutup Butik Starvilion, Wak Doyok Buat Jualan Lelong Serendah RM1


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd