Now Reading
“Yang Salah Tu Kau” – Lelaki Hina Petugas Selepas Sangkut Di Tol Undang Perhatian Ramai

“Yang Salah Tu Kau” – Lelaki Hina Petugas Selepas Sangkut Di Tol Undang Perhatian Ramai

Menurut petugas itu, dia telah meminta pemandu kereta untuk ke lorong tol kad debit kerana kekurangan baki Touch ‘n Go, namun enggan berbuat demikian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, pengguna lebuh raya akan melalui tol untuk perjalanan yang jauh ke destinasi. Pun begitu, masih ramai di kalangan pemandu terlupa untuk menambah nilai baki dalam kad Touch ‘n Go (TNG) dan tidak berjaya melepasi palang tol.

Dalam satu kes sebelum ini, seorang lelaki enggan membayar tol walaupun selepas dua kali menunggu palang tol terbuka berhampiran Bandar Sunway.

Selepas itu, pemandu berkenaan bertindak keluar dari kereta dan mematahkan palang tol menggunakan tangannya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Patahkan Palang Tol Di Sunway Sebab Kad Touch ‘n Go Tak Cukup Baki


Pemandu Hina Petugas Selepas Tersangkut Di Tol

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@azfaiffa) menyaksikan situasi tegang antara dua orang lelaki di Tol Segambut.

Menerusi video dikongsi, kelihatan seorang pemandu kereta sedang memarahi petugas tol selain berkata kesat kepadanya. Difahamkan pemandu itu berasa berang selepas dia tersangkut akibat kekurangan baki dalam kad TNG.

Menurut pengendali akaun TikTok dikenali sebagai Azfa, petugas tol tersebut merupakan adiknya.

Nak aku lempang muka kau? Aku hari-hari lempang muka orang. Menyusahkan orang la kau ni. Sebabkan kau b*odoh la kau kerja dekat tol. Kalau kau pandai kau tidak akan kerja tol.

Pemandu kereta.
Sumber: TikTok (@azfaiffa)

Pemandu Enggan Guna Lorong Tol Khidmat Kad Debit

Jelas Azfa di ruangan kapsyen, pemandu tersebut tidak mempunyai baki mencukupi dalam kad TNG dan enggan menggunakan lorong tol dengan sistem pembayaran kad debit.

Selain itu, Azfa juga meluahkan rasa kecewa selepas si adik dipanggil dengan kasar dan dihina tentang kepandaiannya.

@azfaiffa

Kau yang tak cukup bagi TnG pastu kau yang tanak pakai lorong MyDebit. Kau cakap budak kerja tol semua tak pandai. sbb tu kerja jaga tol je kn? Aku pandai. Meh sini sembang dengan aku. Bapak siapa ni tolong kutip. Sebelum aku jumpa lempang dia.

♬ original sound – Azfa & Iffa

Kau cakap budak kerja tol semua tak pandai. Sebab tu kerja jaga tol je kan? Aku pandai. Meh sini sembang dengan aku. 

Azfa.

Tambah Azfa di laman X, adiknya telah melakukan laporan polis untuk tindakan lanjut.

Perkongsian ini kemudian mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman X (@HezeriSamsuri). Menurut lelaki dikenali sebagai Hezeri, pemandu kereta tidak sewajarnya bertindak sebegitu walhal diri sendiri yang melakukan kesilapan.

Sumber: X

Netizen Berang Dengan Aksi Pemandu Hina Petugas Tol

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen dilihat berang dengan tindakan pemandu yang menghina selain beranggapan lelaki itu kurang mengetahui cara untuk mengawal kemarahan.

“Bila hari-hari dipenuhi stres dan kemarahan. Benda yang mudah pun kita akan marah. Banyakkan istighfar dan rapatkan diri dengan perkara positif dan ambil wuduk,” kata seorang lelaki.

Malah, ada juga berkata segelintir rakyat Malaysia sering membandingkan kredibiliti seseorang dengan pekerjaannya.

“Itulah kebiasaan sikap orang Malaysia yang sebenar. Menghina pekerja yang tidak salah demi memperlihatkan sisi ‘kebijaksaanaan’ mereka adalah rutin biasa,” jelas seorang netizen.

Sementara itu, ramai juga individu telah memuji tindakan petugas tol yang berjaya mengendalikan situasi tersebut dengan baik.

“Salute dekat adik ni! Pada saya, adik (petugas tol) orang yang menang dalam senario ni. Sebab adik mampu tahan sabar. Ada PhD (kelulusan Doktor Falsafah pun tidak berguna kalau adab ke longkang,” ujar seorang wanita.

Sumber: X

Baca Artikel Berkaitan: Elak Bayar Tol 45 Kali, Pemandu Kereta Mewah Ditahan Pihak PROLINTAS

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Proton X50 Ditahan Ketika Operasi, ‘Kantoi’ Tak Bayar Tol RM57.50


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd