Now Reading
Elak Bayar Tol 45 Kali, Pemandu Kereta Mewah Ditahan Pihak PROLINTAS

Elak Bayar Tol 45 Kali, Pemandu Kereta Mewah Ditahan Pihak PROLINTAS

Pemandu wanita yang membawa kenderaan jenis Mercedes-Benz A-Class itu diminta untuk membayar tunggakan RM275.65 serta-merta di tol tersebut.

Elak Bayar Tol 45 Kali, Pemandu Kereta Mewah Ditahan Pihak PROLINTAS

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Zaman sekarang ini kebanyakan teknologi sudah canggih dan nak membuat pembayaran tol di jalan raya juga sudah ada pelbagai cara seperti menggunakan Touch ‘n Go, Smart Tag dan Radio Frequency Identification (RFID).

Tetapi masih ada yang enggan membayarnya dan memilih untuk mengambil kesempatan dengan mengekori rapat atau ‘tailgate’ kenderaan di hadapan bagi melepasi palang tol.

Perbuatan ‘tailgate’ ini bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada syarikat konsesi, malah membahayakan pemandu lain.

Pemandu Kereta Mercedes-Benz A-Class Ditahan Kerana Elak Bayar Tol 45 Kali

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter PROLINTAS AKLEH (@AKLEHtrafik), syarikat konsesi tersebut memberitahu bahawa seorang pemandu yang membawa kenderaan mewah telah ditahan selepas dia didakwa 45 kali elak membayar tol.

Keengganan pemandu wanita tersebut untuk membayar tol sehingga 45 kali menyebabkan dia mempunyai tunggakan sebanyak RM275.65.

Pihak Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) yang menahannya di Lebuhraya Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH) telah meminta wanita itu untuk melangsaikan serta-merta tunggakan berkenaan.

Berikutan kes tersebut, pihak PROLINTAS menasihati orang ramai untuk tidak melakukan tindakan tidak bermoral itu kerana boleh membahayakan kenderaan lain.

Elak-Bayar-Tol-45-Kali-Pemandu-Kereta-Mewah-Ditahan-Pihak-PROLINTAS-1
Sumber: Twitter/@AKLEHtrafik

Ramai Minta PROLINTAS Naikkan Denda Mereka Yang Culas Bayar Tol

Ciapan tentang pemandu wanita culas membayar tol itu mendapat perhatian pengguna media sosial dan ramai yang agak bengang dengan tindakan pemandu kereta mewah tersebut.

Malah, mereka juga memberi cadangan supaya pelaku seperti itu dikenakan denda yang setimpal dan bukan sahaja perlu membayar tunggakan tol mereka.

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka apabila berdepan pemandu yang enggan membayar tol sehingga mereka menjadi mangsa untuk membayarkannya.

Beberapa Kes Pemandu Di Malaysia Enggan Bayar Tol

Sebelum ini, pihak PROLINTAS di Lebuhraya AKLEH pernah membuat operasi bagi mengesan pemandu yang enggan membayar tol dengan cara ‘tailgate’ bersama kereta hadapannya.

Hasil operasi di Plaza Tol Datuk Keramat pada 27 September lalu telah berjaya menangkap seorang pemandu Proton X50 yang mempunyai tunggakan tol sehingga RM57.50.

BACA JUGA: Pemandu Proton X50 Ditahan Ketika Operasi, ‘Kantoi’ Tak Bayar Tol RM57.50

PROTON X50 taka bayar tol
Sumber: Twitter/@AKLEHtrafik

Bukan itu sahaja, ada juga kes di mana seorang pemandu dilihat sanggup mematahkan palang tol berhampiran Bandar Sunway selepas cubaannya sebanyak dua kali menunggu palang terbuka gagal.

Punca palang tol itu dikatakan tidak terbuka adalah kerana baki kad milik pemandu berkenaan tidak mencukupi.

BACA JUGA: [Video] Pemandu Patahkan Palang Tol Di Sunway Sebab Kad Touch ‘n Go Tak Cukup Baki


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd