Now Reading
[Video] Pemandu Patahkan Palang Tol Di Sunway Sebab Kad Touch ‘n Go Tak Cukup Baki

[Video] Pemandu Patahkan Palang Tol Di Sunway Sebab Kad Touch ‘n Go Tak Cukup Baki

Pemilik video itu mendakwa pemandu tersebut telah mematahkan palang tol di Bandar Sunway kerana dikatakan baki kad Touch ‘n Go tidak mencukupi.

Lelaki Patahkan Palang Tol Di Sunway Sebab Kad Tak Cukup Baki

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dalam jutaan pengguna jalan raya di Malaysia, pasti akan ada yang bersikap tidak bertanggungjawab dengan melakukan perkara tidak sepatutnya seperti melanggar palang di Plaza Tol.

Sebelum ini, pihak Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) di Lebuhraya Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH) telah membuat operasi bagi mengesan pemandu yang enggan membayar tol dengan cara ‘tailgate’ bersama kereta hadapannya.

Hasil operasi tersebut telah berjaya menangkap seorang pemandu Proton X50 yang mempunyai tunggakan tol sehingga RM57.50.

BACA JUGA: Pemandu Proton X50 Ditahan Ketika Operasi, ‘Kantoi’ Tak Bayar Tol RM57.50

Perbuatan ‘tailgate’ ini bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada syarikat konsesi, malah membahayakan pemandu lain.

Pemandu Sanggup Patahkan Palang Tol Didakwa Kerana Baki Kad Tidak Mencukupi

Baru-baru ini, tular lagi satu rakaman video dimuat naik oleh pemandu lain di laman Facebook (FBWAM) selepas seorang lelaki didakwa enggan membayar tol ketika dua kali percubaannya menunggu palang terbuka berhampiran Bandar Sunway.

Selepas percubaannya itu tidak berjaya, pemandu berkenaan bertindak keluar dari kereta dan dikatakan mematahkan palang tol dengan menggunakan tangannya.

Dalam rakaman tersebut, pemilik video memberitahu bahawa punca palang tol itu tidak terbuka adalah kerana baki kad milik pemandu berkenaan tidak mencukupi.

Orang Ramai Tidak Setuju Dengan Tindakan Pemandu Itu

Meninjau ke ruangan komen video berkenaan, rata-rata pengguna media sosial bengang dengan tindakan pemandu tersebut yang dilihat mementingkan diri sehingga sanggup merosakkan harta benda.

Namun, ada juga yang katanya memahami tindakan lelaki tersebut yang agak bengang dengan masalah palang tol tidak terbuka.

Laluan RFID yang baru dibuka pada 15 Januari tahun di kebanyakan tol di Malaysia tidak dinafikan kadangkala mempunyai sedikit masalah untuk mengesan kad pengguna.

Tetapi itu tidak menjadi ‘tiket’ kepada pemandu lain untuk bersikap sesuka hati tanpa mempedulikan kesannya kepada pihak lain.

BACA JUGA: [Video] Penunggang Motosikal Tersekat Di Laluan Tol Buat Netizen Bengang


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd