Pemandu Proton X50 Ditahan Ketika Operasi, ‘Kantoi’ Tak Bayar Tol RM57.50
Seorang pemandu Proton X50 berwarna merah ditahan di Plaza Tol Datuk Keramat, Lebuhraya Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH) kerana mempunyai tunggakan bayaran tol.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Zaman sekarang ini kebanyakan teknologi sudah canggih dan nak membuat pembayaran tol di jalan raya juga sudah ada pelbagai cara seperti menggunakan Touch ‘n Go, Smart Tag dan Radio Frequency Identification (RFID).
Tetapi masih ada yang enggan membayarnya dan memilih untuk mengambil kesempatan dengan mengekori rapat kenderaan di hadapan bagi melepasi palang tol.
Tindakan seperti itu sudah dikira sebagai pembuli jalan raya kerana boleh mendatangkan bahaya kepada kedua-dua pihak.
Pemandu kereta Proton X50 ditangkap tak bayar tol berjumlah RM57.50
Kejadian sebegini yang sudah bayak berlaku perlu ditangani dengan segera.
Berikutan itu, pihak Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) di Lebuhraya Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH) baru-baru ini telah melakukan operasi mengesan pemandu yang enggan membayar tol dengan cara ‘tailgate’ bersama kereta hadapannya.
Operasi yang kini dilakukan dengan lebih kerap telah berjaya menahan beberapa kenderaan di Plaza Tol Datuk Keramat Lebuhraya AKLEH malam semalam (27 September).
Antara pemandu yang ditahan adalah seorang lelaki yang memandu kenderaan jenis Proton X50 berwarna merah.
Selepas disemak, pemandu berkenaan mempunyai tunggakan tol sebanyak RM57.50 dan diminta untuk menjelaskan pembayaran tersebut pada masa dan lokasi sama.
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Twitter mereka (PROLINTAS AKLEH), operasi mengesan penceroboh akan giat dilakukan bagi menahan pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab.
Salah sebuah kenderaan yang ditahan ialah Proton X50 dengan tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50 dan amaun kerugian telah dikembalikan pada masa & lokasi sama. #kantoi pic.twitter.com/SvtW3GSsja
— PROLINTAS AKLEH (@AKLEHtrafik) September 28, 2022
Ramai tak puas hati pemandu pakai kereta mahal tetapi tak nak bayar tol
Boleh dikatakan kebanyakan pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati menerusi ruangan komen hantaran dimuat naik itu.
Rata-ratanya mempersoalkan tindakan pemandu yang membawa kereta mahal berkenaan tetapi enggan membayar tol.
Ada juga yang memberi pendapat sepatutnya pemandu tersebut didenda dengan jumlah dua kali ganda kerana kesalahan yang dilakukan.
Operasi seperti ini memang perlu dilakukan dengan lebih kerap. Barulah mereka yang selalu ‘mengelat’ nak bayar tol jadi lebih takut untuk melakukan kesalahan tersebut.
BACA JUGA: [Video] Penunggang Motosikal Tersekat Di Laluan Tol Buat Netizen Bengang
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.