Now Reading
“Terima Kasih Bawa Mak Jalan” – Ramai Tersentuh Hati Baca Luahan Ibu Hargai Anak Penuhi Kehendak Mak

“Terima Kasih Bawa Mak Jalan” – Ramai Tersentuh Hati Baca Luahan Ibu Hargai Anak Penuhi Kehendak Mak

Si ibu juga terharu apabila anak lelakinya itu membelikan kuih jemput-jemput yang sudah lama diidamkan selama beberapa hari.

Luahan Ibu Hargai Anak Bawa Berjalan & Beli Hadiah Buat Ramai Menitik Air Mata

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Syurga berada di bawah telapak kaki ibu.

Dalam Islam pun ajar kita untuk mengutamakan ibu yang telah berkorban selama sembilan bulan mengandung, melahirkan dan membesarkan kita. Bagilah harta sebanyak mana sekalipun, tak akan ada dapat balas jasa mereka.

Bila sudah menginjak dewasa, kita masih perlu menjaga kebajikan orang tua kita walaupun agak sibuk dengan kerja dan sudah mempunyai keluarga sendiri.

Sekali-sekala kalau kita bagi hadiah untuk menggembirakan hati mereka, apa salahnya kan? Mereka gembira, kita pun senang hati.

BACA JUGA: Ibu Bapa, Sahabat & Pasangan Layak Terima Hadiah Istimewa Walau Di Hari Biasa. Setuju?

Mak Ucap Terima Kasih Kepada Anak Kerana Buat Dirinya Gembira

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (Cikgu Anep), lelaki ini menceritakan dirinya bertukar sebak selepas menerima mesej daripada ibunya di aplikasi Whatsapp.

Pemuda yang dikenali sebagai Cikgu Anep itu memberitahu pada mulanya dia agak sedih pada hari tersebut kerana semua perancangannya gagal.

Disebabkan itu, dia hanya terbaring di atas katil dari pagi dan pelbagai perkara yang cuba difikirkan. Namun keserabutannya beralih selepas membaca mesej ibunya yang mengharukan.

Dalam mesej itu, ibunya mengucapkan terima kasih kepada anak lelakinya selepas membawanya berjalan-jalan di negeri Melaka dan menunaikan beberapa keinginannya yang lain.

Antaranya:

1.Belikan Durian Untuk Mak

durian
Sumber: Twitter Cikgu Anep

Cikgu Anep memberitahu ibunya teringin buah durian tetapi di sekitar Pontian. Jadi, pemuda ini terus keluar dan mencari jenis durian yang diinginkan oleh ibunya itu di sekitar Johor.

Alhamdulillah dapat juga jumpa durian. Malam tu nak buat surprise tapi tak jadi sebab Mak masuk je rumah, satu rumah dah bau durian.

Cikgu Anep.

2. Mak Mengidam Jemput-jemput

Luahan-Ibu-Hargai-Anak-Bawa-Berjalan-Beli-Hadiah-Buat-Ramai-Menitik-Air-Mata-1
Sumber: Twitter Cikgu Anep

Tentang kuih jemput-jemput atau cucur pula, Cikgu Anep menceritakan dia tergerak hati untuk membelikan kepada ibunya ketika dalam perjalanan pulang dari bandar walaupun sebenarnya dia sudah terlepas kedai tersebut.

Tapi demi ibunya, dia sanggup berpatah balik ke gerai itu. Siapa sangka, rupanya si ibu memang sudah lama mengidam cucur tersebut.

Dan satu yang kau yang tak tahu. Dah banyak hari juga mak nak makan jemput-jemput Shima. Tiba-tiba kau bawa balik. Alhamdulillah.

Mak kepada Cikgu Anep.

3. Bawa Mak Pergi Food Hunting

food-hunting-dengan-mak
Sumber: Twitter Cikgu Anep

Menurut Cikgu Anep, mereka sekeluarga memang gemar ‘food hunting’. Pelbagai jenis makanan yang mereka cuba.

Kadangkala bukan nak makan sangat pun. Cuma beli beberapa jenis makanan dan kongsi beramai-ramai.

Mak pernah cakap, yang penting bukan pergi mana, makan apa. Yang penting dengan siapa.

Cikgu Anep.

4. Bawa Mak Pergi Jalan-jalan Sekitar Melaka

bawa-mak-berjalan
Sumber: Twitter Cikgu Anep

Dari awal sehingga akhir perjalanan di Melaka, segalanya diuruskan oleh Cikgu Anep sendiri. Pemuda tersebut juga sempat memuat naik beberapa keping gambar ibunya yang dilihat gembira dapat berjalan sekitar negeri Melaka itu.

5. Hadiahkan Mak Telekung Jenama Siti Khadijah

telekung-siti-khadijah
Sumber: Twitter Cikgu Anep

Cikgu Anep juga menghadiahkan ibunya sepasang telekung dari jenama Siti Khadijah selepas mendengar luahan ibunya yang kagum dengan kualiti pakaian solat itu.

BACA JUGA: Ini Kisah Menarik Di Sebalik Perniagaan Telekung Siti Khadijah Yang Diminati Ramai

Malah, ibunya juga berkata dia hanya mahukan telekung Siti Khadijah sahaja sempena hadiah hari lahirnya akan datang.

Pasal telekung tu, Mak cakap masa birthday Mak nanti, Mak nak hadiah telekung je. Taknak benda lain. Dia kata dia ada tumpang solat di rumah sepupu saya guna telekung itu. Dia kata selesa sangat. Tapi saya terus belikan hari tu juga. Saya surprise bawa Mak ke butik Siti Khadijah.

Cikgu Anep.

Cikgu Anep juga tidak dapat menahan sebak ketika dia menulis ciapan itu di laman Twitter miliknya.

Orang Ramai Terharu Baca Luahan Hati Seorang Ibu Hargai Anaknya

Kisah yang dikongsikan oleh pengguna Twitter itu membuatkan ramai terharu membacanya. Penulis sendiri berasa sebak dan hampir menitiskan air mata membaca sehingga habis ciapan tersebut.

Ramai yang turut mendoakan agar wanita tersebut diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umurnya.

Pengguna media sosial juga tidak ketinggalan mendoakan agar rezeki Cikgu Anep melimpah ruah kerana membahagiakan ibunya.

Siap ada yang mendoakan supaya dia ditemukan dengan jodoh yang baik. Amin.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk berpeluang membahagiakan ibu bapa kita selagi mereka masih bernyawa.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd