Now Reading
[Video] Anak Sanggup Berhenti Kerja, Niat Jaga Ibu Uzur Sepenuh Masa

[Video] Anak Sanggup Berhenti Kerja, Niat Jaga Ibu Uzur Sepenuh Masa

Lelaki itu menceritakan dia sanggup meninggalkan kerjaya korporat untuk menjaga ibunya yang sakit dan beranggapan ia adalah keputusan terbaik pernah dibuat.

berhenti kerja jaga mak (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila semakin menginjak dewasa, sesetengah individu akan mula sibuk dengan kerjaya serta membina keluarga masing-masing.

Sehinggakan ada yang sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua kerana culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak.

Lebih memilukan lagi, pernah berlaku kes di mana seorang ibu di rumah orang tua dilaporkan meninggal dunia kerana terlalu kecewa dengan anaknya memungkiri janji untuk berbuka puasa dan menyambut hari lahirnya.

Artikel Berkaitan: “Minta Taubat Pada Allah”- Pendakwah Kongsi Kisah Ibu Meninggal Dunia Kerana Kecewa Anak Mungkir Janji

Artikel Berkaitan: [Video] Anak Halau Ibu, Sanggup Letak Di Rumah Orang Tua Sebab Sibuk ‘Kerja’


Anak Lelaki Berhenti Kerja Kerana Mahu Jaga Ibu Sakit Sepenuh Masa

Namun lain pula tindakan seorang lelaki yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja semata-mata kerana mahu menjaga ibunya yang sedang sakit.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@alifr0z), lelaki itu berkongsi rutin harian di rumah ketika menjaga ibunya sakit dan terlantar di atas katil.

Lelaki dikenali sebagai Alif itu menceritakan dia telah meninggalkan kerjaya korporat dan dia beranggapan ia adalah keputusan paling sukar tetapi pada masa sama ia adalah yang terbaik pernah dibuat.

Sumber: TikTok @alifr0z

Saya tinggalkan kerjaya korporat 9-5 untuk jaga mak saya yang terlantar di atas katil dan inilah keputusan terbaik yang saya pernah buat. Sumpah lagi puas saya jaga sendiri.

Alif.

Antara rutin harian yang dilakukan oleh Alif ketika menjaga ibunya adalah:

  • Menukar lampin enam kali sehari.
  • Memberi ubat dan insulin.
  • Memberi minuman susu setiap tiga jam.
  • Memandikan ibunya dengan tuala basah.
  • Membersihkan alat trakeostomi (tebukan pada leher).
  • Menukar posisi pada setiap dua jam.
  • Membasuh menyidai dan melipat pakaian.
  • Memasak.
  • Meyediakan bekalan ubat untuk seminggu.

Video berkenaan telah meraih 2.7 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@alifr0z

Left my 9-5 corporate job to take care of my bedridden mak and it’s the best decision I’ve ever made. Sumpah lagi puas jaga sendiri. #adayinmylife #caregiver #caretaker #Bedridden

♬ Oke work that imaged the Ghibli-like forest – CRAFT SOUND STUDIO

Netizen Puji Anak Sanggup Berhenti Kerja Demi Jaga Ibu Sakit

Di ruangan komen, ramai netizen yang memuji lelaki itu meninggalkan kerjaya korporat dengan berbakti dan menjaga ibunya yang terlantar sakit.

Mereka juga mendoakan agar jasa anak lelaki itu dibalas dengan ganjaran pahala dan syurga daripada Allah SWT.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berkongsi kisah di mana kenalan mereka pernah membuat keputusan sama untuk menjaga ibu bapa mereka yang sakit.

Sebagai anak, berbakti kepada ibu bapa adalah tanggungjawab yang tidak boleh ditinggalkan walau anda sesibuk mana kerana ibu bapa adalah ‘harta’ yang paling berharga.

Artikel Berkaitan: Pelajar SPM Jaga Ibu Sakit Hingga Akhir Hayat Raih 11A Kini Ditaja Lesen Motor & Kereta Selepas Tawaran Biasiswa

Artikel Berkaitan: Pelajar 11A SPM Jaga Ibu Hingga Akhir Hayat Dapat 10 Tawaran Pengajian & Biasasiswa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd