Now Reading
Pelajar SPM Jaga Ibu Sakit Hingga Akhir Hayat Raih 11A Kini Ditaja Lesen Motor & Kereta Selepas Tawaran Biasiswa

Pelajar SPM Jaga Ibu Sakit Hingga Akhir Hayat Raih 11A Kini Ditaja Lesen Motor & Kereta Selepas Tawaran Biasiswa

Pelajar bernama Muhammad Syahril Saidi itu ditaja oleh Akademi Memandu Amkist (Amkist) untuk memiliki lesen motosikal serta kereta kelas D dan B2.

Pelajar SPM Jaga Ibu Sakit Hingga Akhri Hayat Raih 11A Kini Ditaja Lesen Motor & Kereta Pula Selepas (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Tarikh 8 Jun 2023 merupakan hari yang cukup mendebarkan bagi para pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 kerana keputusan peperiksaan dikeluarkan pada hari tersebut.

Berbicara tentang keputusan SPM, sebelum ini tular satu kisah yang menyentuh hati melibatkan seorang pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang, Kelantan yang tidak dapat hadir ke sekolah untuk mengambil keputusannya kerana mahu menjaga ibunya yang sakit sejak 2019.

Pelajar bernama Muhammad Syahril Saidi yang berkorban menjaga ibunya yang terlantar sakit menerima kunjungan daripada para guru untuk memaklumkan tentang kejayaannya memperoleh keputusan 11A.

BACA JUGA: Tak Dapat Hadir Ambil Result SPM Kerana Jaga Ibu Sakit, Pelajar Sebak Guru Datang Bawa Keputusan 11A [Video] 

Sumber: TikTok @hernisafliza

Namun dua hari selepas itu (10 Jun), ibu kepada pelajar berkenaan iaitu Tuan Faridah Tuan Ismail berusia 53 tahun telah menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat angin ahmar.

Sebelum jenazah ibunya dikebumikan, Syahril melaksanakan bakti terakhirnya sebagai anak dengan mengimamkan solat jenazah di Masjid Pondok Moden Kandis.

BACA JUGA: Sempat Tatap Kejayaan Anak, Ibu Pelajar Cemerlang 11A SPM Meninggal Dunia


Pelajar Cemerlang SPM 11A Terima Pelbagai Tawaran Biasiswa Dan Pengajian

Berkat menjaga ibunya sehingga ke akhir hayat, Syahril telah menerima lebih 10 tawaran melanjutkan pelajaran dan biasiswa termasuklah dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan juga beberapa bank.

Sumber: Facebook Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

Syahril mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak agensi yang memberi pelbagai tawaran kepadanya dan dia telah bercadang untuk menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Maahad Yaakubiah Kampung Nipah bagi mencapai cita-cita menjadi seorang pensyarah.

Saya akan buat perancangan, langkah demi langkah untuk memilih mana yang terbaik. Tawaran memang banyak daripada pelbagai agensi, saya ucapkan beribu penghargaan dan terima kasih kepada semua yang bagi tawaran biasiswa.

Muhammad Syahril Saidi.

Dia juga meminta orang ramai untuk mendoakan dirinya sekeluarga berjaya di dunia dan akhirat serta dapat menjadi pemimpin Islam yang membawa kebenaran.


Syahril Terima Tajaan Lesen Kereta Dan Motosikal Pula Dari Sekolah Memandu

Rezeki buat Syahril semakin mencurah-curah apabila dia kini diberi tajaan oleh sebuah sekolah memandu Akademi Memandu Amkist (Amkist) di Kampung Kandis, Bachok, Kelantan untuk memiliki lesen motosikal serta kereta kelas D dan B2.

Memetik laporan Utusan, pelajar yang ditaja untuk membuat kedua-dua lesen tersebut mengucapkan terima kasih kepada pihak Amkist kerana sudi menanggung perbelanjaan berkenaan.

Dengan adanya lesen tersebut, ia dapat memudahkan pergerakan Syahril untuk ke pergi balik sekolah apabila menyambung pengajian di peringkat STAM.

Sumber: Buletin TV3

Menurut Syahril, dia sepatutnya menduduki ujian pemanduan motosikal pada 11 Jun lalu tetepi terpaksa ditangguhkan kerana kematian ibunya.

Jadual belajar memandu terpaksa ditukar sebelum ini kerana saya lebih fokus kepada tanggungjawab menjaga ibu yang sakit sejak empat tahun lalu.

Muhammad Syahril Saidi.

Selain diberikan sumbangan berjumlah RM1,000 dari pihak Amkist, mereka juga memulangkan semula wang bayaran ujian memandu yang telah dibayar oleh Syahril sebelum ini.

Pengarah Urusan AmKist Noor Haslina Abdullah memaklumkan Syahril akan menjalani ujian pemanduan motosikal pada 21 Jun ini menduduki kelas pembelajaran memandu kereta selama 14 jam lagi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd