Now Reading
Wanita Ini Dakwa Foto Pada Lesen Digital Berbeza Dengan Maklumat Di Aplikasi JPJ

Wanita Ini Dakwa Foto Pada Lesen Digital Berbeza Dengan Maklumat Di Aplikasi JPJ

Segelintir netizen meluahkan rasa bimbang jika gambar dan maklumat yang tidak selari itu berkemungkinan melibatkan kes kecurian identiti untuk disalahgunakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, kerajaan kini telah memperkenalkan lesen digital bagi pemanduan dalam negara untuk mengatasi masalah kesesakan yang sering berlaku ketika ingin memperbaharui lesen atau cukai jalan.

Lesen digital tersebut boleh disemak menerusi aplikasi yang dicipta oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu MyJPJ.

Di sebalik kemajuan teknologi ini, terdapat beberapa isu yang berlaku melibatkan lesen digital ini seperti mana yang terjadi kepada seorang individu di laman X.


Lesen Digital Papar Wajah Individu Lain

Menerusi ciapan dimuat naik oleh pengguna X (@kyyrrose), wanita ini mendakwa maklumat dirinya yang tertera pada Lesen Belajar Memandu jenis L dalam aplikasi MyJPJ tidak selari dengan gambar yang dipaparkan.

Difahamkan, gambar yang berada pada lesen digital tersebut adalah individu lain dan bukan dirinya.


Netizen Minta Laporkan Isu Ini Kepada Pihak Berkuasa

Ciapan yang dimuat naik itu telah mendapat perhatian ramai netizen dan ada yang menasihati wanita berkenaan supaya membuat laporan mengenai isu terbabit kepada pihak berkuasa.

Segelintir individu meluahkan rasa bimbang jika situasi yang terjadi melibatkan kes kecurian identiti untuk disalahgunakan bagi tujuan jenayah.

Pada masa yang sama, ada juga netizen lain yang berkata mereka turut berdepan situasi berkenaan apabila gambar wanita yang sama muncul pada Lesen Belajar Memandu secara digital.

Seorang netizen mendakwa dia telah membuat laporan di kaunter JPJ apabila berdepan isu ini dan dimaklumkan oleh pegawai bertugas bahawa perkara ini berlaku kepada ramai pihak.

Namun, ada juga netizen yang berkata gambar tersebut hanya berfungsi sebagai ‘default’ bagi mereka yang tidak memuat naik gambar di aplikasi berkenaan.

“Tak perlu buat report pun. Ni muka placeholder (muka default) kalau tak upload gambar sendiri lagi. Silap JPJ pergi buat muka ni jadi placeholder,” ujar netizen.


Cara Untuk Dapatkan Lesen Memandu Digital

Pada Februari 2023, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan pemandu kini tidak diwajibkan lagi untuk mempamerkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau nama lainnya cukai jalan (roadtax).

Selain itu pengguna jalan raya juga sudah tidak perlu membawa lesen memandu fizikal seperti yang diamalkan sebelum ini. Sebaliknya mereka hanya perlu menunjukkannya secara digital jika perlu.

Baca Artikel Berkaitan: Roadtax Tak Perlu Dipamer Untuk Kenderaan Persendirian – Anthony Loke

Sumber: BuzzKini

Bagi anda yang mahu mendapatkan lesen memandu atau cukai jalan secara digital menerusi aplikasi MyJPJ, berikut adalah langkah-langkahnya:

  • Muat turun aplikasi MyJPJ.
  • Log masuk atau daftar MyJPJ.
  • Tekan pada tab ‘Profil’.
  • Pilih Lesen Memandu atau Lesen Kenderaan Motor.

Anda juga boleh menukar mod paparan daripada sedia ada kepada full screen hanya dengan menekan Paparan Penuh.

Mod ini boleh digunakan untuk kedua-dua lesen memandu dan juga cukai jalan.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Dapatkan Lesen Memandu & Roadtax Digital Anda Di Aplikasi MyJPJ


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd