Now Reading
Bayar Kompaun Cermin Gelap Dalam 3 Bulan Atau Pergi Mahkamah – JPJ

Bayar Kompaun Cermin Gelap Dalam 3 Bulan Atau Pergi Mahkamah – JPJ

Untuk rekod, sejak 2019 JPJ Terengganu telah mengeluarkan 42,149 notis melibatkan kesalahan cermin kenderaan gelap.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


abatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi masa selama tiga bulan kepada pemandu atau pemilik berdaftar kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap untuk membayar kompaun yang telah dikenakan.

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, kadar kompaun bagi setiap kesalahan cermin gelap adalah:

  • RM100 bagi tempoh satu hingga 15 hari
  • RM150 bagi tempoh 16 hingga 30 hari
  • RM250 bagi tempoh 31 hari sehingga 60 hari

Kes dibawa ke mahkamah jiika tidak buat pembayaran dalam tempoh 3 bulan

Menurutnya, sekiranya bayaran kompaun tidak diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, kes akan dibawa ke mahkamah mengikut peraturan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (Pindaan 2019).

“Mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan bagi kesalahan pertama.

“Bagi kesalahan berikutnya denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya dipetik Sinar Harian semalam (10 Oktober).

Kadar telus cahaya (VLT) yang dibenarkan oleh JPJ

Kata Zulkarnain, kadar telus cahaya (VLT) bagi cermin kenderaan yang dibenarkan ialah 70% cermin hadapan, 50% untuk cermin sisi kenderaan kiri dan kanan pemandu serta cermin bahagian belakang dan cermin belakang 0%.

Pun begitu, JPJ tetap memberi kelonggaran terhadap individu-individu yang mempunyai alasan kukuh melibatkan faktor keselamatan atau kesihatan untuk menggelapkan cermin kenderaannya.

“Selaras dengan peraturan penggunaan cermin gelap kepada kenderaan persendirian, mana-mana individu atas faktor keselamatan atau kesihatan boleh memohon kelulusan untuk menggunakan cermin gelap,” katanya lagi.

42,149 notis kesalahan cermin gelap dikeluarkan JPJ sejak 2019

Untuk rekod, sejak 2019 JPJ Terengganu telah mengeluarkan 42,149 notis melibatkan kesalahan cermin kenderaan gelap.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 5,867 kesalahan direkodkan pada 2019; 7,847 (2020); 11,525 (2021); 9,466 (2022) dan 7,444 kesalahan sehingga Ogos tahun ini,” ujar Zulkarnain

BACA JUGA: Edisi Mudah Faham Untuk Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019 Yang Ramai Masih Keliru


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd