Now Reading
JPJ Mohon Maaf, Perjelas Isu Foto Lesen Digital Pada Aplikasi MyJPJ Tak Sama Dengan Maklumat

JPJ Mohon Maaf, Perjelas Isu Foto Lesen Digital Pada Aplikasi MyJPJ Tak Sama Dengan Maklumat

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata perkara tersebut berlaku ketika pasukan teknologi maklumat sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem yang dibuat secara berkala.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, tular satu isu di media sosial melibatkan seorang pengguna yang mendakwa maklumat dirinya yang tertera pada Lesen Belajar Memandu jenis L dalam aplikasi MyJPJ tidak selari dengan gambar yang dipaparkan.

Difahamkan, gambar yang berada pada lesen digital tersebut adalah individu lain dan bukan dirinya.

Lebih membimbangkan lagi, beberapa individu yang lain turut berdepan situasi berkenaan apabila gambar wanita yang sama muncul pada Lesen Belajar Memandu secara digital.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Dakwa Foto Pada Lesen Digital Berbeza Dengan Maklumat Di Aplikasi JPJ


JPJ Tampil Memohon Maaf, Beri Penjelasan Mengenai Isu Yang Berlaku

Peka dengan isu yang berlaku, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat permohonan maaf berhubung isu tular tersebut dan memberikan penjelasan menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook mereka semalam (14 Mac).

Menurut JPJ, perkara tersebut berlaku ketika pasukan teknologi maklumat sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem yang dibuat secara berkala.

Susulan isu yang berlaku, tindakan pembetulan dan penambahbaikan telah dijalankan serta-merta.

JPJ turut menjelaskan bahawa kejadian yang berlaku tiada kaitan dengan dakwaan kecurian identiti atau kebocoran maklumat pemilik e-LMM.

Jabatan ini juga ingin mengesahkan dan memberi jaminan bahawa tiada sebarang unsur penyalahgunaan sistem mahupun kecurian identiti maklumat pemegang lesen memandu sebaliknya segala maklumat adalah terpelihara dan selamat.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Berikutan itu, JPJ akan terus komited dalam memperkukuhkan lagi perkhidmatan digital mereka bagi memberi servis terbaik kepada masyarakat.


Cara Untuk Dapatkan Lesen Memandu Digital

Pada Februari 2023, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan pemandu kini tidak lagi wajib untuk mempamerkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau nama lainnya cukai jalan (roadtax).

Selain itu pengguna jalan raya juga sudah tidak perlu membawa lesen memandu fizikal seperti yang diamalkan sebelum ini. Sebaliknya mereka hanya perlu menunjukkannya secara digital jika perlu.

Baca Artikel Berkaitan: Roadtax Tak Perlu Dipamer Untuk Kenderaan Persendirian – Anthony Loke

Sumber: BuzzKini

Bagi anda yang mahu mendapatkan lesen memandu atau cukai jalan secara digital menerusi aplikasi MyJPJ, berikut adalah langkah-langkahnya:

  • Muat turun aplikasi MyJPJ.
  • Log masuk atau daftar MyJPJ.
  • Tekan pada tab ‘Profil’.
  • Pilih Lesen Memandu atau Lesen Kenderaan Motor.

Anda juga boleh menukar mod paparan daripada sedia ada kepada full screen hanya dengan menekan Paparan Penuh.

Mod ini boleh digunakan untuk kedua-dua lesen memandu dan juga cukai jalan.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Dapatkan Lesen Memandu & Roadtax Digital Anda Di Aplikasi MyJPJ


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd