Now Reading
[Video] Anak Halau Ibu, Sanggup Letak Di Rumah Orang Tua Sebab Sibuk ‘Kerja’

[Video] Anak Halau Ibu, Sanggup Letak Di Rumah Orang Tua Sebab Sibuk ‘Kerja’

Dua orang anak yang bekerja sebagai doktor dan jurutera menghantar ibu mereka ke rumah orang tua kerana dikatakan sibuk dengan pekerjaan serta tanggungan lain.

[Video] Anak Halau & Letak Ibu Di Rumah Orang Tua Sebab Sibuk Kerja

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Syurga berada di bawah telapak kaki ibu. Biasa dengar kata-kata ini kan?

Dalam Islam pun ajar kita untuk mengutamakan ibu yang telah berkorban selama sembilan bulan mengandung, melahirkan dan membesarkan kita. Bagilah harta sebanyak mana sekalipun, tak akan ada dapat balas jasa mereka.

Bila sudah menginjak dewasa, kita masih perlu menjaga kebajikan orang tua kita walaupun agak sibuk dengan kerja dan sudah mempunyai keluarga sendiri.

BACA JUGA: [Video] Bapa Menangis Rindukan Anak Tapi Kena ‘Block’ Di WhatsApp Pula

Anak tinggal ibu di rumah orang tua kerana sibuk dengan urusan kerja

Tetapi lain pula nasib yang menimpa seorang wanita ini apabila anaknya dikatakan tidak mempedulikan nasib dirinya sebagai ibu mereka.

Menerusi perkongsian dimuat naik di TikTok (Faiz Hakim), lelaki ini berkongsi satu kisah sedih apabila salah seorang penghuni di rumah orang tua menceritakan dia telah ‘dibuang’ oleh dua orang anaknya.

Warga emas berusia 66 tahun dari Kelantan itu mempunyai dua orang anak bekerja sebagai doktor dan jurutera di syarikat terkemuka.

Selepas suaminya meninggal dunia, dua orang anaknya meminta ibu mereka untuk meletakkan nama mereka sebagai pewaris harta bapa sehingga menyebabkan wanita ini hidup sehelai sepinggang.

Sumber: TikTok/ Faiz Hakim

Wanita berkenaan juga memberitahu dia pernah berhasrat untuk bertemu dengan anaknya. Tetapi siapa sangka anaknya itu tergamak untuk menghalau dirinya dan telah dihantar ke rumah orang tua pada waktu malam.

Si anak sanggup buat macam itu kepada ibunya dengan memberi alasan kononnya banyak kerja dan tanggungan hidup.

Mengalir air mata kami tengok si ibu menangis sambil bercerita.

Orang ramai kesal wujud anak yang tidak bertanggungjawab

Video yang telah meraih 1.4 juta tontonan ini pastinya mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Kebanyakan daripada mereka kesal dengan sikap dua orang anak kepada wanita ini yang seolah-olah tidak mengenang jasa seorang ibu.

Malah, ada juga pengguna media sosial yang menawarkan diri untuk menjaga wanita ini kerana ibu mereka telah meninggal dunia.

Sibuk macam mana pun, jangan lupa tanggungjawab sebagai anak untuk menjaga ibu bapa yang dah banyak berkorban membesarkan kita. Tanpa mereka, kita mungkin tak akan berjaya seperti sekarang.

BACA JUGA: Ibu Sempat Tinggalkan Nota Kepada Doktor Sebelum Meninggal Dunia


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd