Now Reading
“Minta Taubat Pada Allah”- Pendakwah Kongsi Kisah Ibu Meninggal Dunia Kerana Kecewa Anak Mungkir Janji

“Minta Taubat Pada Allah”- Pendakwah Kongsi Kisah Ibu Meninggal Dunia Kerana Kecewa Anak Mungkir Janji

Penghuni rumah orang tua itu didapati meninggal dunia akibat mengalami ‘High Depression’ dipercayai kerana terlalu kecewa dan marah.

Anak Mungkir Janji Untuk Bawa Buka Puasa, Ibu Di Rumah Orang Tua Meninggal Kerana Tekanan (4)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ibu adalah insan yang paling istimewa kerana mereka telah banyak berkorban untuk kita sejak dari mengandung, melahirkan dan membesarkan kita sehingga dewasa.

Percayalah, tugas sebagai ibu bukanlah perkara yang mudah lebih-lebih lagi buat mereka yang baru pertama kali menggalas tanggungjawab tersebut.

Oleh disebabkan itu, kita sebagai anak apabila sudah menginjak dewasa perlulah berbakti dan membalas jasa mereka dengan apa jua cara sekali pun.

Walaupun sudah sibuk dengan kerjaya dan keluarga, luangkanlah masa bersama mereka dan sentiasa bertanya khabar.

Anak Mungkir Janji Untuk Bawa Buka Puasa, Ibu Di Rumah Orang Tua Meninggal Kerana Tekanan
Sumber: Keluarga

Anak Janji Mahu Bawa Ibu Di Rumah Orang Tua Untuk Berbuka Puasa, Tetapi Sebaliknya Pula Berlaku

Baru-baru ini, tular sebuah kisah sedih yang diceritakan oleh pendakwah ketika siaran langsung rancangan Tanyalah Ustaz di saluran TV9.

Menerusi sedutan episod itu yang dimuat naik oleh pengguna TikTok (@nazwan.maros), pendakwah tersebut menceritakan kisah apabila seorang ibu yang merupakan penghuni rumah orang tua teruja untuk bertemu dengan empat orang anaknya selepas setahun tidak berjumpa.

Anak-anaknya memberitahu bahawa mereka akan membawa ibu mereka keluar untuk berbuka puasa dan menyambut hari lahirnya.

Makcik, anak makcik nak datang ambil pada bulan depan pada hari lahir. Dia punya excited tu, sampai pangkah kalendar setiap hari sehingga tiba pada hari anak-anak dia nak datang ambil berbuka puasa.

Pendakwah menceritakan semula kisah tersebut.

Setibanya pada hari kejadian, si ibu dikatakan sudah bersiap seawal jam 5:00 pagi dengan berpakaian cantik berserta beg walaupun anak-anaknya akan datang mengambilnya pada jam 5:00 petang.

Keadaan menjadi lebih sebak apabila si ibu yang bernama Azizah itu sanggup tunggu di luar rumah orang tua tersebut kerana tidak mahu anak-anaknya mengalami kesusahan.

Doktor kata, Cik Zah masuk dulu. Anak datang lima petang bukan lima pagi. Tapi si ibu cakap, saya takut anak saya susah. 10 jam nak tunggu kat luar. Kalau kita, biarlah anak tunggu. Depa boleh hantar hang kat rumah orang tua dan bersenang-lenang sekarang.

Pendakwah menceritakan semula kisah tersebut.

Apabila jam sudah menunjukkan pukul 5:00 petang sehingga tiba waktu berbuka, kelibat anak-anaknya masih tidak kelihatan.

Malah petugas di rumah orang tua itu juga memujuknya untuk masuk ke dalam dan berbuka puasa terlebih dahulu bersama mereka, tetapi wanita tersebut menolak pelawaan.


Doktor Sahkan Si Ibu Meninggal Dunia Kerana Tertekan

Pada jam 8:00 malam, warga emas itu mengambil keputusan untuk masuk semula ke dalam rumah tanpa bercakap sepatah kata dan terus tidur tanpa menjamah sedikit makanan untuk berbuka puasa.

Keesokan harinya ketika petugas ingin mengejutkan sahur, warga emas itu disahkan telah meninggal dunia.

Doktor yang memeriksa wanita itu mendapati makcik berkenaan meninggal dunia kerana mengalami ‘High Depression’ dipercayai akibat terlalu kecewa dan marah sehingga meninggal ketika tidur.


Pendakwah Minta Anak-anak Kepada Makcik Itu Untuk Bertaubat Kepada Allah SWT

Ketika menceritakan semula kisah menyayat hati ini, pendakwah tersebut meminta agar anak-anak kepada makcik berkenaan untuk memohon keampunan kepada Allah SWT dengan apa jua cara sekalipun.

Menurutnya, jika si ibu meninggal dalam keadaan tidak reda atas apa yang dilakukan oleh anak-anaknya, maka tertutuplah pintu syurga buat mereka di akhirat kelak.

Demi Allah, tidak ada sedikit pun ruang di dalam syurga melainkan neraka bagi tempat kamu kalaulah si ibu meninggal dalam keadaan tidak reda kepada kamu empat orang. Kalau kamu melihat rancangan ini, sebelum mati minta taubat kepada Allah tak tahulah dengan cara macam mana. Usahalah apa-apa pun, mintalah mudah-mudahan kemarahan Allah SWT itu diberikan pengampunan kepada kamu dengan jalan apa saya tak tahu. Usahakan.

Pendakwah.
https://www.tiktok.com/@nazwan.maros/video/7216948419800108314

Semoga kisah ini dijadikan pengajaran buat kita semua agar tidak melupakan jasa serta penat lelah ibu bapa kita membesarkan kita dari kecil sehinggalah sudah menjadi orang dewasa.

Ingatlah tanpa doa, berkat dan reda ibu bapa, kita tak akan berjaya di dunia dan akhirat.

BACA JUGA: [Video] Anak Halau Ibu, Sanggup Letak Di Rumah Orang Tua Sebab Sibuk ‘Kerja’

BACA JUGA: [Video] Bapa Menangis Rindukan Anak Tapi Kena ‘Block’ Di WhatsApp Pula

BACA JUGA: “Terima Kasih Bawa Mak Jalan” – Ramai Tersentuh Hati Baca Luahan Ibu Hargai Anak Penuhi Kehendak Mak


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd