Now Reading
[Video] Mampu Ke Nak Beli Rumah Sebelum Umur Cecah 25 Tahun? Ini Kata Pakar Kewangan

[Video] Mampu Ke Nak Beli Rumah Sebelum Umur Cecah 25 Tahun? Ini Kata Pakar Kewangan

Jelas seorang Perunding Kewangan Berlesen dikenali sebagai Dr Adam Zubir, individu yang berhasrat untuk membeli rumah sebelum usia 25 tahun harus membuat simpanan seawal mungkin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang aset, pasti ramai di antara anda di luar sana sedang menyimpan hasrat serta impian untuk memiliki rumah atau kereta sebelum usia lanjut.

Hal ini disebabkan oleh anda mahu menjamin kehidupan yang selesa buat diri sendiri serta keluarga tercinta.

Walau bagaimanapun, mungkin ramai di kalangan anda tidak yakin sama ada simpanan tinggi pada umur yang muda boleh dicapai untuk membeli sesebuah rumah.


Pakar Kongsi Tips Kumpul Duit Beli Rumah Sebelum Umur 25 Tahun

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@dradamzubir), apabila seorang Perunding Kewangan Berlesen dikenali sebagai Dr Adam Zubir berkongsi beberapa tips kewangan kepada orang ramai.

Menerusi perkongsian tersebut, seorang pengguna laman TikTok bertanya kepadanya tentang cara-cara mengumpul duit untuk membeli rumah sebelum mencecah umur 25 tahun.

Jelas Dr Adam, hasrat tersebut boleh dilaksanakan dengan syarat anda harus membuat simpanan seawal yang mungkin.

Berikut adalah serba sedikit tips yang dikongsikan oleh Dr Adam. Antaranya:

#1. Kena Ada Matlamat

Pertama sekali adalah individu yang berhasrat untuk membeli rumah harus mempunyai matlamat dan cakna tentang harga kediaman yang diinginkan. Daripada jumlah keseluruhan itu, anda boleh agak berapa banyak simpanan yang perlu dikumpul.

Buat mereka yang pertama kali membeli rumah, anda harus mempunyai bayaran muka (down payment) sebanyak 10% apabila membuat pinjaman dengan bank.

Sumber: Unsplash

Perlu diingatkan juga 10% down payment itu tidak termasuk bayaran-bayaran yang lain seperti kos SNP (Perjanjian Jual Beli), kos peguam dan kos pengubahsuaian rumah.

Oleh disebabkan itu, anda harus menyimpan duit lebih dari bayaran muka. Untuk lebih selamat dan terjamin, anda dinasihatkan menyimpan sebanyak 20% daripada kos kediaman.

#2. Kena Buat Simpanan

Selepas mempunyai matlamat yang tetap, tiba masanya untuk anda membuat simpanan. Agihan simpanan bulanan adalah berdasarkan berapa tahun yang tinggal sebelum sasaran membeli rumah.

Jika simpanan setiap bulan tidak mencukupi bagi mencapai jumlah sasaran, maka anda harus melakukan tips yang ketiga.

Sumber: Pexels
#3. Jana Pendapatan Tambahan

Seterusnya adalah dengan menjana pendapatan tambahan melalui pekerjaan sambilan sebagai contoh menubuhkan sebuah perniagaan.

Inisiatif tersebut adalah penting agar untung daripada pendapatan tambahan itu boleh dicampurkan dengan simpanan rumah sedia ada. Dengan cara berkenaan, anda akan dapat memperoleh simpanan yang ditetapkan dengan lebih pantas.

Sumber: Freepik
#4. Simpan Duit Bayaran Muka Dalam Pelaburan Bawa Pulangan

Bukan itu sahaja, duit bayaran muka yang diperjelaskan sebentar tadi harus disimpan dalam pelaburan yang membawa kepada pulangan. Dr Adam menyarankan anda untuk menyimpan duit itu dalam pelaburan berisiko rendah.

Pun begitu, jika anda mempunyai ilmu pelaburan bagus bagi mendapatkan pulangan lebih banyak, maka anda boleh menyimpan pada pelaburan yang lebih berisiko tinggi.

Sumber: Freepik

Bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa pelaburan tinggi yang memberi pulangan lebih dari Amanah Saham Berhad (ASB) atau Tabung Haji mempunyai risiko penurunan dari segi harganya.

@dradamzubir Tips kumpul duit rumah sebelum 25 tahun??💸💰💲 #dradamzubir #absorich ♬ original sound – Dr Adam Zubir

Perkara Perlu Diambil Perhatian Ketika Mahu Beli Rumah

Buat mereka yang pertama kali mahu membeli rumah, mungkin anda tidak tahu tentang perkara-perkara perlu dititik beratkan.

Namun usah risau, di sini kami kongsikan beberapa petua untuk membeli kediaman yang sesuai. Sebagai contoh:

Sumber: Freepik
  • Beli rumah setanding dengan kemampuan kewangan.
  • Fahami dokumen pinjaman perumahan.
  • Pilih unit rumah yang sesuai mengikut keselesaan.
  • Fahami dokumen jual beli beli rumah.
  • Periksa sebarang kerosakan pada kediaman.
  • Semak maklumat pindahan milik rumah.

Semoga tips yang dikongsikan memberi manfaat kepada ‘house-hunters’ di luar sana. Jangan beli rumah sembarangan ya!

Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Beli Rumah? Ini Tips Penting Beli Kediaman Yang Sesuai

Baca Artikel Berkaitan: Nak Cepat Habiskan Loan Rumah? Ejen Hartanah Ini Dedah ‘Trick’ Jimat

Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara Faktor Golongan Muda ‘Blacklist’ Awal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd