Nak Cepat Habiskan Loan Rumah? Ejen Hartanah Ini Dedah ‘Trick’ Jimat
Tempoh bayaran bulanan pinjaman rumah anda boleh berkurang sekiranya anda membayar lebih daripada jumlah yang sepatutnya secara konsisten setiap bulan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Tidak dinafikan, harga rumah zaman sekarang ini memang agak tinggi. Fikir tiga empat kali jugalah kalau nak bayar duit pembelian rumah sekaligus pada satu masa.
Salah satu alternatif yang dilihat memudahkan orang ramai untuk membeli rumah adalah dengan membuat pinjaman wang di bank bergantung kepada harga kediaman yang ingin dimiliki.
Apabila sudah membuat ‘loan rumah’ dengan pihak bank, itu bermakna satu lagi komitmen akan ditambah dalam urusan kewangan kita.
Jumlah pinjaman kewangan membeli rumah ini kebiasaannya mencecah ratusan ribu ringgit dan perlu dibayar dalam tempoh berpuluh-puluh tahun.
Cara Mudah Untuk Mempercepatkan ‘Loan Rumah’ Habis Dibayar
Baru-baru ini, seorang ejen hartanah memuat naik video di laman TikTok miliknya (@AbangNaqiProperty) dengan mendedahkan cara untuk mengurangkan tempoh bayaran bulanan bagi ‘loan rumah’ anda.
Cara-caranya adalah:
- Muat turun mana-mana aplikasi ‘mortgage calculator’ di dalam telefon bimbit anda.
- Masukkan maklumat seperti harga rumah, peratus kadar faedah, tempoh bayaran pinjaman dan peratus bayaran ‘down payment’.
- Tekan ‘calculate’.
- Jumlah cadangan bayaran bulanan akan keluar pada halaman seterusnya.
- Klik pada bahagian ‘extra payments’.
- Masukkan jumlah bayaran tambahan yang ingin dibayar setiap bulan bersama bayaran bulanan.
- Tekan ‘calculate’.
- Dengan jumlah bayaran tambahan yang dimasukkan dalam kalkulator itu, anda boleh lihat tempoh bayaran telah berkurang dan jumlah kadar faedah (interest rate) juga berkurang sehingga jimat puluhan ribu ringgit.
NOTA KAKI: Sekiranya anda ingin membuat bayaran tambahan untuk bayaran bulanan, maklumkan terlebih dahulu kepada pihak bank. Jika tidak, mereka akan mengganggap bayaran ekstra itu sebagai ‘advanced payment’.
Kesimpulan daripada penerangan ejen hartanah itu adalah tempoh bayaran bulanan pinjaman rumah anda boleh berkurang sekiranya anda membayar lebih daripada jumlah yang sepatutnya secara konsisten setiap bulan.
Malah, kadar faedah juga boleh berkurang apabila tempoh pembayaran pinjaman bank itu semakin berkurang.
Harapnya penjelasan daripada ejen hartanah di dalam video tersebut dapat membantu anda yang ingin membuat pinjaman kewangan membeli rumah dengan pihak bank.
BACA JUGA: Anda Kini Boleh Bayar Ansuran Rumah Guna Duit Pengeluaran KWSP
BACA JUGA: KWSP Nafi Skim Pinjaman Yang Tersebar Di Media Sosial
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.