Now Reading
Ipoh, PJ & Cheras Jadi Carian Teratas Pembeli Rumah Di iProperty Pada Tahun 2022

Ipoh, PJ & Cheras Jadi Carian Teratas Pembeli Rumah Di iProperty Pada Tahun 2022

Lokasi tumpuan utama seperti Petaling Jaya, Cheras, Shah Alam dan Johor Bahru terus berada dalam senarai 10 teratas buat pembeli rumah sejak tahun 2018.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Laman web pasaran hartanah iProperty.com.my telah mengeluarkan senarai 10 Kawasan Yang Paling Banyak Dicari di Malaysia pada tahun 2022.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah di Ipoh, Perak diikuti Petaling Jaya, Selangor dan Cheras, Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan, iProperty berkata data itu menunjukkan perubahan dalam corak pencarian hartanah pada tahun 2022 kerana lebih ramai pembeli rumah dan pelabur berpotensi mempertimbangkan beberapa kawasan di luar Lembah Klang.

Lokasi carian yang paling mendapat tumpuan ramai adalah Ipoh. Ia merupakan bandar kedua di luar Lembah Klang yang menduduki tempat teratas selepas Johor Bahru pada tahun 2020. Sama seperti Port Dickson dan Kuching, Ipoh sentiasa menjadi destinasi percutian rakyat Malaysia. Ibu kota Perak dikenali sebagai hab makanan tempatan dan dipenuhi dengan banyak bangunan warisan serta bersejarah. Selain itu, bandar ini juga berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Ipoh merekodkan sebanyak 1,916 transaksi merentas semua jenis hartanah kediaman pada tahun lalu. Pembeli rumah kebanyakannya membeli rumah bertanah dengan harga median RM280,000. Tiga jenis hartanah teratas ialah rumah teres dan semi-D di Taman Cempaka, Taman Ipoh dan Taman Canning.

iProperty.com.my: Senarai 10 Teratas Kawasan Paling Dicari Tahun 2022 oleh Pembeli Rumah di Malaysia.

Lokasi yang menjadi carian utama itu dilihat lebih cenderung menawarkan rumah ‘landed’ mampu milik dalam persekitaran mesra keluarga.

Menurut Pengurus PropertyGuru di Malaysia iaitu Sheldon Fernandez, beliau berkata pelbagai sekatan dan cabaran ekonomi berikutan pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada aktiviti pembelian rumah dalam tempoh dua tahun lalu.

“Selepas negara kini dilihat sudah melepasi pandemik dan landskap politik juga lebih stabil, agak menarik untuk melihat kawasan kediaman yang menjadi tumpuan para pembeli rumah serta pelabur”, kata Sheldon.

Pengurus PropertyGuru di Malaysia iaitu Sheldon Fernandez.

Pandemik Covid-19 Beri Kesan Untuk Orang Ramai Cari Rumah Di Luar Kawasan Lembah Klang

Tahun 2022 memperlihatkan ramai yang mula mempertimbangkan hartanah kediaman di kawasan luar Lembah Klang selepas melihat kepada kesan kehidupan berikutan pandemik Covid-19.

Sheldon menjelaskan iProperty pada tahun 2022 telah menyenaraikan tiga lokasi yang tidak pernah tersenarai sebagai pilihan orang ramai sebelum ini.

Memasuki tahun 2023, Sheldon agak teruja untuk melihat sama ada kediaman di luar bandar utama yang sebelum ini menjadi kegemaran ramai akan terus mendapat tarikan atau tidak dalam kalangan pembeli rumah.

Berikut adalah senarai 10 lokasi teratas yang menjadi tumpuan dalam pencarian di iProperty:

  1. Ipoh (19.5%)
  2. Petaling Jaya (13.7%)
  3. Cheras (11.6%)
  4. Johor Bahru (10.3%)
  5. Puchong (9.6%)
  6. Kuching (7.6%)
  7. Port Dickson (7.4%)
  8. Mont Kiara (7.0%)
  9. Shah Alam (6.9%)
  10. Seremban (6.4%)

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd