Now Reading
KWSP Nafi Skim Pinjaman Yang Tersebar Di Media Sosial

KWSP Nafi Skim Pinjaman Yang Tersebar Di Media Sosial

Pihak KWSP meminta orang ramai untuk mendapatkan informasi sahih hanya menerusi media sosial dan laman web rasmi mereka sahaja.

kwsp

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terdapat banyak penipuan yang wujud sejak kebelakangan ini. Scammer sememangnya lebih aktif di platform media sosial kerana terdapat ramai pengguna iaitu daripada golongan kanak-kanak hingga warga emas serta mudah untuk menyasarkan lebih ramai orang.a

Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan rakyat Malaysia untuk tidak mudah terpedaya dengan skim pinjaman yang melibatkan KWSP.

BACA JUGA: “Hati-hati, Bestie!” – KWSP Nafi Tawar Pinjaman Dengan Bayaran Fleksibel, Tanpa Penjamin

Amaran tersebut telah dimuat naik menerusi Facebook Rasmi KWSP sendiri.

Jangan terpedaya. KWSP tidak pernah menawarkan sebarang pinjaman kepada ahli KWSP.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi hantaran Facebook.

Dalam hantaran Facebook itu, KWSP juga menyatakan bahawa orang ramai hanya perlu mendapatkan maklumat tulen mengenai KWSP daripada akaun media sosial dan laman web rasminya.

KWSP bukanlah sebuah bank mahupun institusi kewangan yang boleh memberikan sebarang pinjaman kepada sesiapa sahaja. Tugas utama mereka ialah menguruskan simpanan dan pelan persaraan anda.

Sekiranya anda terjumpa sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan produk dan perkhidmatan KWSP, anda boleh melaporkan kepada Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 8922 6000.

BACA JUGA: Anda Kini Boleh Bayar Ansuran Rumah Guna Duit Pengeluaran KWSP

BACA JUGA: KWSP Seru Rakyat Jadi Jutawan Untuk Bersara Dengan Selesa


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd