KWSP Seru Rakyat Jadi Jutawan Untuk Bersara Dengan Selesa
Sehingga kini, kira-kira 52% daripada pencarum KWSP mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka manakala 27% mempunyai kurang daripada RM1,000.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kebanyakan orang mengimpikan untuk bersara dengan selesa apabila mereka mencapai umur persaraan kelak. Pejam celik, pejam celik. Tahu-tahu umur semakin meningkat dan waktu persaraan hampir tiba.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini telah mengeluarkan ramalan jumlah wang yang perlu dimiliki oleh golongan yang bakal bersara dan mungkin majoriti rakyat Malaysia tidak dapat melakukannya.
Menurut Malay Mail, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Nurhisham Hussein berkata rakyat Malaysia yang merancang untuk bersara 20 hingga 30 tahun dari sekarang memerlukan nest fund antara RM900,000 dan RM1 juta jika ingin bersara dan menjalani sisa hidup mereka dengan selesa.
Untuk menambah garam pada luka, jumlah itu hanyalah “minimum” yang diperlukan selepas mengambil kira inflasi dan perbelanjaan perubatan.
Nurhisham menambah bahawa rakyat Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya RM600,000 dalam simpanan mereka untuk menjalani persaraan yang bermaruah di Kuala Lumpur. Jumlah wang itu hanya akan menampung lawatan perubatan pesakit luar asas tetapi tidak meliputi rawatan utama.
Apabila anda melihat pada ambang simpanan RM600,000, hanya kira-kira 4% rakyat Malaysia mampu bersara.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Nurhisham Hussein.
Menurut data KWSP, Alor Setar, Kedah adalah tempat paling murah di negara ini untuk bersara dengan selesa.
Nurhisham juga berkata seorang pesara masih memerlukan RM480,000 dalam simpanan, iaitu dua kali ganda jumlah untuk apa yang menjadi ambang asas untuk simpanan persaraan.
Bagi meletakkan sesuatu dalam perspektif, hanya separuh daripada pencarum KWSP, atau 56%, berumur sekitar 54 tahun memiliki kurang daripada RM50,000 dalam akaun mereka.
Beliau menganggarkan bahawa jumlah itu hanya boleh bertahan kira-kira empat tahun pada kadar semasa.
Kira-kira 52% daripada pencarum KWSP mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka manakala 27% mempunyai kurang daripada RM1,000.
Itu agak membimbangkan. Jelas sekali, saya merasakan pengeluaran itu mempunyai kesan yang besar terhadap kecukupan persaraan.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Nurhisham Hussein.
Nurhisham merujuk kepada waktu ketika rakyat Malaysia dibenarkan mengeluarkan dana persaraan mereka daripada KWSP saat wabak pandemik sedang melanda.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata RM145 bilion dikeluarkan oleh ahli KWSP di bawah empat skim: i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan pengeluaran khas baru-baru ini dihadkan kepada RM10,000.
Jadi, Berapa Jumlah Wang Yang Perlu Disimpan Oleh Rakyat Malaysia?
Pendedahan dan topik ini turut menarik perhatian orang ramai yang kini tertanya-tanya berapa banyak wang yang perlu disimpan oleh mereka untuk persaraan yang selesa?
Seorang pengguna Twitter menyatakan bahawa warga Malaysia berusia 30 tahun perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan jika mereka berhasrat untuk bersara pada usia 60-an.
this would require a 30-something malaysian to save at least RM3k a month if the person is to retire by 60+.
— Sadho (@sadhosays) September 23, 2022
but then most malaysians i know don't even make RM3k a month. so how, brown cow? https://t.co/YdAdSjZbB9
Bagaimanapun, rakyat Malaysia dalam kumpulan umur itu juga sukar untuk menyimpan sebanyak itu setiap bulan kerana kebanyakannya hampir tidak mampu memperoleh gaji sebanyak RM3,000 sebulan.
Blogger kewangan Suraya menggunakan kalkulator persaraan dan berkata seseorang yang berumur 30-an yang ingin bersara sederhana dalam lingkungan 60-an perlu menyimpan RM1,400 sebulan dan bukannya RM3,000.
If you are 30 years old aiming to retire at 60, start from 0 Ringgit saved for retirement, and expecting modest retirement (not comfortable not premium), you need to save RM1400 per month not RM3k. But I know what you mean, it's still a lot pic.twitter.com/sW0wysmyd0
— Suraya | suraya.eth (@surayaror) September 23, 2022
Ada juga yang berkata mereka mungkin perlu memperoleh sekurang-kurangnya RM5,000 minimum hanya untuk menyimpan RM3,000 sebulan. Walau apa pun, ia masih banyak wang untuk disimpan dan sukar diperoleh untuk ramai orang.
Malah, ramai juga dilihat mengeluh apabila menyedari bahawa mereka perlu bekerja sehingga ke akhir hayat.
To save RM3k a month, I'd probably have to earn like RM5k minimum
— ʙᴀʙʏ ʏᴏᴅᴀ (@shiebnaa_) September 23, 2022
Work die me lo
— Alyssa (@cookiemonstaly) September 23, 2022
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.