“Hati-hati, Bestie!” – KWSP Nafi Tawar Pinjaman Dengan Bayaran Fleksibel, Tanpa Penjamin
Pihak KWSP meminta orang ramai untuk mendapatkan informasi sahih hanya menerusi media sosial dan laman web rasmi mereka sahaja.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini (2 September) telah memuat naik satu hantaran di media sosial berikutan berita palsu tentang pinjaman yang dinamakan ‘iBunga KWSP’.
Pinjaman berkenaan dikatakan menawarkan bayaran fleksibel, dokumen ringkas dan juga tanpa penjamin.
Menurut pihak KWSP, pihak mereka tidak pernah menawarkan sebarang bentuk pinjaman kepada mana-mana ahli KWSP.
Jangan terpedaya, bestie! KWSP tidak pernah menawarkan sebarang pinjaman kepada ahli KWSP. Dapatkan informasi sahih hanya melalui media sosial dan laman web rasmi kami.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi Twitter.
Jangan terpedaya, bestie!
— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) September 2, 2022
KWSP tidak pernah menawarkan sebarang pinjaman kepada ahli KWSP. Dapatkan informasi sahih hanya melalui media sosial dan laman web rasmi kami.#KWSPAhli #KWSPInfo pic.twitter.com/OiW8I5ywlc
Hati-hati semua!
BACA JUGA: Daftar Akaun KWSP Buat Anak Berusia 14 Tahun Ke Atas. Siap Ada RM250 Insentif Tambahan!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.