Now Reading
Ini Apa Yang Anda Perlu Ambil Tahu Tentang Akaun 3 KWSP Yang Bakal Bermula 11 Mei

Ini Apa Yang Anda Perlu Ambil Tahu Tentang Akaun 3 KWSP Yang Bakal Bermula 11 Mei

Akaun 3 yang juga dikenali sebagai Akaun Fleksibel hanya melibatkan ahli KWSP berumur bawah 55 tahun sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Julai 2023 yang lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah bercadang untuk memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.

Terbaharu pada hari ini (25 April), KWSP telah mengumumkan bahawa Akaun 3 atau nama lainnya Akaun Fleksibel bakal dilancarkan kepada orang ramai mulai 11 Mei depan.

Memetik hantaran dimuat naik di laman Facebook KWSP, Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun ini bertujuan untuk menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

Baca Artikel Berkaitan: KWSP Bakal Perkenal Akaun 3 Bagi Tujuan Pengeluaran Segera

Sumber: MalayMail

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Akaun 3 KWSP

Bagi anda yang masih tertanya-tanya tentang apa itu Akaun 3, jom kami ringkaskan supaya lebih mudah untuk difahami.

Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Berikut adalah penstrukturan semula akaun melibatkan ahli KWSP:

  • Akaun Persaraan (Akaun 1) : 75%
    • Fungsi: Mengumpul simpanan sebagai pendapatan sewaktu persaraan
  • Akaun Sejahtera (Akaun 2): 15%
    • Fungsi: Menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.
  • Akaun Fleksibel (Akaun 3): 10%
    • Fungsi: Menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Semasa pelaksanaan Penstukturan Semula Akaun KWSP, baki semasa Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal di dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera manakala Akaun Fleksibel akan bermula dari RM0.

Selepas tarikh pelaksanaan, ahli mempunyai pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera sebagai amaun permulaan ke dalam Akaun Fleksibel.

Namun penstrukturan ini hanya melibatkan ahli KWSP berumur bawah 55 tahun sahaja.

Di Mana Boleh Melakukan Perkara Ini?

Bagi anda yang mahu melakukan pemindahan ke dalam akaun ketiga ini, ia boleh dilakukan menggunakan dua platform iaitu:

  • KWSP i-Akaun.
  • Self Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP.

Pilihan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja pada bila-bila masa sepanjang tempoh tersebut dan tidak boleh dibatalkan.

Bila Anda Boleh Memilih Pindahan Amaun Permulaan?
  • 12 Mei sehingga 31 Ogos 2024.

Semoga perkongsian ini boleh membantu anda untuk memahami tentang kewujudan Akaun 3 KWSP.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd