KWSP Bakal Perkenal Akaun 3 Bagi Tujuan Pengeluaran Segera
Dengan Akaun 3 yang fleksibel, peratusan caruman bagi Akaun 1 juga akan ditingkatkan dan ahli juga mempunyai pilihan untuk memindahkan dana simpanan daripada Akaun 3 ke Akaun 1 dan Akaun 2.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang berusaha memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.
Ketua Pegawai Strategi KWSP Nurhisham Hussein berkata ia dijangka bakal dilaksanakan untuk pencarum baharu dalam tempoh dua tahun.
ACA JUGA: Daftar Akaun KWSP Buat Anak Berusia 14 Tahun Ke Atas. Siap Ada RM250 Insentif Tambahan!
Menurut Nurhisham, cadangan Akaun 3 ini akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli KWSP boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.
Beliau menjelaskan bahawa cadangan memperkenalkan akaun itu juga bagi memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan individu.
Akaun 3 akan berfungsi seperti akaun simpanan. Dengan ini, kami berharap dapat memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.
Ketua Pegawai Strategi KWSP Nurhisham Hussein ketika taklimat media khas KWSP hari ini (12 Julai 2023).
Mengenai kadar simpanan yang diperuntukkan untuk Akaun 3, Nurhisham berkata ia mungkin melibatkan antara 5% dan 10%.
Mengulas lanjut, beliau menambah, dengan Akaun 3 yang fleksibel, peratusan caruman bagi Akaun 1 juga akan ditingkatkan dan ahli juga mempunyai pilihan untuk memindahkan dana simpanan daripada Akaun 3 ke Akaun 1 dan Akaun 2.
Dividen KWSP Akaun 3 Lebih Rendah
Nurhisham dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa dividen untuk Akaun 3 dijangka lebih rendah memandangkan akaun tersebut berfungsi seperti akaun simpanan.
Struktur skim simpanan KWSP semasa untuk ahli di bawah umur 55 tahun terdiri daripada Akaun 1 dan Akaun 2 dengan kadar peratusan 70% dan 30%.
Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mencadangkan penubuhan akaun khas KWSP yang juga dikenali sebagai Akaun 3, sebagai sebahagian daripada inisiatif Malaysia@Work untuk membolehkan pengeluaran fleksibel.
Akaun itu sepatutnya dilancarkan secara berperingkat bermula pada suku kedua 2020, tetapi tidak diteruskan seperti yang dirancang.
BACA JUGA: “Hati-hati, Bestie!” – KWSP Nafi Tawar Pinjaman Dengan Bayaran Fleksibel, Tanpa Penjamin
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.