Now Reading
LHDN Dalam Usaha Buru Syarikat & Individu Tak Bayar Cukai

LHDN Dalam Usaha Buru Syarikat & Individu Tak Bayar Cukai

Pihak LHDN juga memaklumkan bahawa mereka tidak memilih bulu dan bakal mengambil tindakan sewajarnya kepada semua pihak yang bertanggungjawab terhadap pembayaran cukai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Isu tentang syarikat dan individu yang ‘lari’ daripada membayar cukai ini sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Malah, setiap tahun ada sahaja kes serupa dilaporkan di media sosial dan berita.

BACA JUGA: Ramai Masih Keliru, Ini Sebenarnya Jumlah Gaji Yang Layak Dikenakan Cukai Pendapatan

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Astro Awani, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini sedang mempergiatkan usaha bagi mengenal pasti syarikat-syarikat serta individu yang culas membayar cukai.

Menurut Datuk Abu Tariq Jamaluddin selaku Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, bagi kes-kes tertentu pihaknya akan bertindak tegas termasuklah menggeledah mengikut peruntukan undang-undang.

Malah, jelas beliau lagi pihak LHDN akan sentiasa memantau data-data sedia ada untuk mengenakan tindakan sewajarnya.

“Syarikat-syarikat ini, seperti biasa, memang kita ada kaedah bagaimana nak menentukan syarikat-syarikat yang culas membayar cukai. Berdasarkan kepada risiko-risiko yang kita sentiasa kaji dan semak daripada maklumat-maklumat yang kita terima daripada pelbagai sumber.

“Jadi maklumat-maklumat ini kita akan analisa dan berdasarkan maklumat sedia ada, saban tahun kita boleh kenal pasti kes-kes yang kita akan audit, dan kes-kes yang akan disiasat. Ini adalah tindakan berterusan sebenarnya tetapi kita pergiatkan lagi tahun ini untuk mengenal pasti syarikat-syarikat yang culas membayar cukai,” tegas beliau.


LHDN Tak Pilih Bulu

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan juga bahawa pihak LHDN tidak memilih bulu dan bakal mengambil tindakan sewajarnya kepada semua pihak yang bertanggungjawab terhadap pembayaran cukai.

“Ada kes-kes yang kita kenal pasti, yang memerlukan kita membuat penggeledahan. Tetapi kes-kes yang mempunyai risiko lebih rendah, kita akan gunakan kaedah pengauditan.

“Kes-kes yang lebih serius apabila lembaga (LHDN) menguatkuasakan aktiviti siasatan, maka ia akan melibatkan kemungkinan isu geledahan ini berlaku,” jelas beliau lagi.

BACA JUGA: T20 Sumbang 85% Cukai Pendapatan Peribadi Pada Tahun 2022 – LHDN

BACA JUGA: Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Jika Masih Keliru Dengan Cukai CP500


Cara Bayaran Cukai Untuk Influencer, Content Creator, etc…

Sebelum ini, seorang pengguna Twitter (AzrulIzzaham) yang sering memperbahaskan topik mengenai cukai pendapatan telah meringkaskan tentang cukai pendapatan buat para influencer di dalam bidang ekonomi digital.

Ringkasan tersebut turut dilengkapi dengan langkah-langkah untuk mengisytihar pendapatan buat golongan ini, termasuklah pemilik bisnes di luar sana.

cukai pendapatan influencer lhdn
Sumber: LHDN

“Seterusnya korang kena faham yang ekonomi digital ni, adalah sebahagian daripada pendapatan bisnes. Jadi kalau dah bisnes, jangan fikir banyak. Korang nak declare pendapatan ke LHDN, kena pakai borang e-B dan kena submit sebelum 30 Jun setiap tahun (biasa tambah masa sampai 15 Julai).

“Ada pun freelancer bidang lain yang tak termasuk dalam ekonomi digital, selagi mana korang bebas bekerja sendiri, tak terikat dengan penggajian atau majikan, jadi korang punya income adalah sumber bisnes. Faham definisi freelancer dulu. Ini terpakai pun untuk bisnes lain-lain,” jelasnya.

Tapi jangan lupa untuk dapatkan login aplikasi MyTax terlebih dahulu!

Dokumen penting yang diperlukan:

  1. Penyata bank.
  2. Penyata pembayaran.
  3. Invois jualan/belian.
  4. Pengesahan transaksi di e-mel.
  5. Resit belanja bisnes.

Nak tahu cara-caranya? Boleh baca artikel di bawah:

Ini Langkah Bayar Cukai Buat Influencer Atau Content Creator. Semak Dulu Bidang Ekonomi Digital Yang Mana!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd