Now Reading
Ini Langkah Bayar Cukai Buat Influencer Atau Content Creator. Semak Dulu Bidang Ekonomi Digital Yang Mana!

Ini Langkah Bayar Cukai Buat Influencer Atau Content Creator. Semak Dulu Bidang Ekonomi Digital Yang Mana!

Namun, buat mereka yang pertama kali ingin mengisytiharkan pendapatan menerusi MyTax ini, bagi mengelakkan membuat silap, anda disarankan untuk lantik ejen cukai atau akauntan yang mahir untuk menguruskannya.

cukai pendapatan influencer lhdn

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Topik cukai pendapatan (Income Tax) ini sememangnya satu topik yang telah dibahaskan secara meluas di mana-mana sahaja termasuklah media sosial.

Malah, jika anda tidak pernah mengisytiharkan pendapatan kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum ini, buat sahaja carian di media sosial, pasti akan ada ‘tutorial’ untuk memudahkan kerja anda.

Jadi, jangan risau. Dari A-Z akan ada langkah-langkah yang diperlukan. Tapi buat mereka yang sudah biasa berurusan dengan LHDN, tak rumit pun sebenarnya.

Yang penting, isytihar sumber pendapatan!

BACA JUGA: T20 Sumbang 85% Cukai Pendapatan Peribadi Pada Tahun 2022 – LHDN


Cukai Pendapatan Buat Para Influencer, Pencipta Kandungan Media Sosial, etc…

Seorang pengguna Twitter (AzrulIzzaham) yang sering memperbahaskan topik mengenai cukai pendapatan baru-baru ini telah meringkaskan tentang cukai pendapatan buat para influencer di dalam bidang ekonomi digital.

Boleh semak terlebih dahulu korang ini influencer dalam bidang ekonomi digital yang mana.

Tambahan pula, ringkasan tersebut turut dilengkapi dengan langkah-langkah untuk mengisytihar pendapatan buat golongan ini, termasuklah pemilik bisnes di luar sana.

“Seterusnya korang kena faham yang ekonomi digital ni, adalah sebahagian daripada pendapatan bisnes. Jadi kalau dah bisnes, jangan fikir banyak. Korang nak declare pendapatan ke LHDN, kena pakai borang e-B dan kena submit sebelum 30 Jun setiap tahun (biasa tambah masa sampai 15 Julai).

“Ada pun freelancer bidang lain yang tak termasuk dalam ekonomi digital, selagi mana korang bebas bekerja sendiri, tak terikat dengan penggajian atau majikan, jadi korang punya income adalah sumber bisnes. Faham definisi freelancer dulu. Ini terpakai pun untuk bisnes lain-lain,” jelasnya.

NOTA: Tapi jangan lupa untuk dapatkan login aplikasi MyTax terlebih dahulu!


Dokumen penting yang diperlukan:

  1. Penyata bank.
  2. Penyata pembayaran.
  3. Invois jualan/belian.
  4. Pengesahan transaksi di e-mel.
  5. Resit belanja bisnes.

Dari rekod ini, korang disarankan untuk membuat penyata kewangan kira-kira. Boleh guna excel, software akaun, atau apa-apa sahaja untuk cerita pendapatan yang dihasilkan sama ada untung atau rugi.

Pastikan apa-apa yang nak ditolak mesti belanja bisnes, bukan belanja peribadi.

Dalam excel itu, ambil rekod pendapatan dan tolak dengan kos beli barang perniagaan atau kos utama bisnes. Selepas itu baru tolak dengan belanja bisnes yang ada. Hasil itulah yang akan dapat membezakan sama ada bisnes untung atau rugi.

Seterusnya, wajib buat pengiraan ini. Boleh pakai format macam dalam gambar di bawah, buat semula dalam bentuk excel. Ini dipanggil sebagai pelarasan pendapatan. Andai kata ketika melakukan untung rugi bisnes, ada transaksi yang tidak dibenarkan, kena keluarkan ya.

  • Hijau = untung / rugi bisnes dari Penyata Untung Rugi.
  • Merah = jika dalam Penyata Untung Rugi korang ada mana-mana transaksi tak dibenarkan macam dalam senarai, kena tambah semula.
  • Biru = Hasil untung / rugi bisnes (hijau) + belanja bisnes tak dibenarkan (merah).

Next, pergi login MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing > e-Borang – e-B > pilih tahun. Lepas itu generate borang. Paparan pertama, isi semua maklumat penting yang berkaitan. Jenis taksiran pilih > berasingan kalau pasangan ada income. Penyimpanan rekod > Ya.

Paparan seterusnya, isi maklumat atas-atas semua yang berkaitan. Baru tatal (scroll) ke bawah sampai jumpa kotak merah ni. Klik untuk isi. Nanti akan keluar paparan kedua, ambil maklumat dari Penyata Untung rugi awal tadi, isi di gambar nombor 2.

Nanti akan kena isi kod perniagaan juga dekat bahagian warna merah. Nak tahu kod apa, kena klik macam arrow hijau. Cuba cari dan sesuaikan ikut bisnes sendiri. Kalau cari tak jumpa juga, pilih kod other service 96099 (kalau bisnes servis).

Seterusnya, akan berbalik ke paparan ini semula. Untuk bahagian Insentif, abaikan. Tak perlu isi apa-apa. Tekan ‘seterusnya’ jika tak berkaitan.

Masih ingat kotak warna biru gambar 1? Ambil amaun dari kotak biru, transfer ke gambar nombor 2, bahagian Pendapatan berkanun perniagaan. Bilangan bisnes letak ikut berapa yang dimiliki.

Untuk yang berbisnes dan bekerja makan gaji dengan syarikat lain, kena isi income penggajian dekat ruangan ini. Sama juga yang bekerja sebagai freelancer part-time dan dalam masa sama ada kerja makan gaji tempat lain, isi ruangan di bawah ini:

Tapi kalau bisnes semata-mata, walaupun ada ambil gaji dari bisnes sendiri, tak perlu isi ruang tadi. Ini hanyalah untuk mereka yang makan gaji di tempat lain. Jadi untuk yang bisnes semata-mata, ruang penggajian ini kena isi “0”.

Kalau tak isi “0” tak boleh tekan seterusnya.

Seterusnya, scroll sampai bawah dan akan nampak ruang ini. Untuk yang berbisnes dan makan gaji, kalau kerja makan gaji (tempat lain) ada potongan cukai, isi ruang PCB itu. Nak senang, boleh rujuk borang EA or EC.

Untuk yang bisnes ada bayar ansuran advance cukai CP500, isi ruangan ini.

BACA JUGA: Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Jika Masih Keliru Dengan Cukai CP500

Setelah selesai di bahagian tersebut, pergi ke paparan pelepasan cukai dan isi mana yang berkaitan. Pastikan mana-mana belanja nak tuntut pelepasan cukai, wajib ada resit.

Kalau tak ada resit, jangan ambil risiko untuk isi. Kalau ada bayaran zakat, boleh masukkan sekali di ruangan itu.

Akhir sekali, akan keluarlah ruang summary berapa pendapatan, berapa total pelepasan, macam mana kadar kiraan cukai dan juga berapa baki cukai kena bayar atau baki terlebih bayar cukai.

Secara ringkasnya; Baki cukai kena bayar = Kena Bayar. Lebihan bayaran cukai = Tunggu Refund.

NOTA: Paparan akhir adalah pengesahan sebelum muktamadkan borang cukai e-B. Pastikan semak dulu. Kalau nak download draf, boleh download draf. Review semula semua info yang dah dimasukkan.

Kalau tak ada isu, baru submit.


Dah Settle, Nak Buat Apa Lagi?

Selepas settle submit, boleh download borang dan juga slip pengesahan. Simpan soft copy untuk senang urusan jika ingin rujuk semula.

Tapi kalau terlupa download, boleh ikuti langkah di bawah:

  1. Login MyTax.
  2. Perkhidmatan ezHasil.
  3. e-Filing.
  4. e-Semakan.
  5. Pengesahan.
  6. Jenis Borang.
  7. Borang Individu.
  8. Pilih Tahun.

BACA JUGA: Ramai Masih Keliru, Ini Sebenarnya Jumlah Gaji Yang Layak Dikenakan Cukai Pendapatan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd