Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Jika Masih Keliru Dengan Cukai CP500
CP500 ini adalah pembayaran ansuran cukai selama enam bulan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Setiap perniagaan dan syarikat pasti tidak boleh lari dari pembayaran cukai.
Dan katanya, ramai yang sudah mula menerima e-mel dan surat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkenaan pembayaran cukai CP500.
Mungkin ada yang masih kurang faham tentang CP500.
Apa itu CP500?
CP500 adalah Notis Bayaran Ansuran dikenakan untuk pembayar cukai yang meraih pendapatan dari perniagaan, sewa dan royalti.
Pembayar cukai jenis ini perlu menjelaskan bayaran ansuran selama enam bulan mengikut kadar anggaran yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Konsep CP500
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (Azrullzzaham), lelaki ini menerangkan tentang CP500 dengan lebih mudah.
Menurutnya, CP500 ini adalah pembayaran ansuran cukai selama enam bulan yang dikeluarkan oleh LHDN kepada pembayar.
Secara ringkasnya, CP500 ini seolah-olah kita bayar cukai tahun hadapan pada tahun semasa.
CP500 ni secara mudah fahamnya adalah satu ansuran cukai yg dikeluarkan LHDN utk suruh pembayar cukai bayar advance. Contoh cukai tahun 2022, belum tahu lagi final cukainya berapa. Tahun 2023 nanti baru nak declare borang cukai tahun 2022. Tahun ni, LHDN dah suruh bayar advance.
— TanyaQuantaMax (@AzrulIzzaham) February 3, 2022
LHDN dapat amaun pasal advance cukai 2022 ni daripada maklumat declaration cukai tahun 2020 atau 2019. Daripada maklumat tu LHDN keluarkan anggaran cukai yang kita kena bayar advance selama 6 kali ansuran tu.
— TanyaQuantaMax (@AzrulIzzaham) February 3, 2022
Senang cerita, konsep pembayaran CP500 ini seperti Potongan Cukai Bulanan (PCB) di mana majikan akan membuat potongan gaji pekerja secara bulanan.
Kalau bekerja, majikan akan tolak siap-siap dari gaji kita. Tetapi untuk pihak yang mempunyai perniagaan, mereka perlu membuat pembayaran sendiri kepada LHDN.
Nak mudah faham lagi, konsep bayaran advance ni lebih kurang macam PCB orang makan gaji. Kalau makan gaji, majikan tolak siap-siap dari gaji. Majikan tolong submit bayaran ke LHDN. Kalau orang bisnes, kena tolak sendiri dari bisnes, dan bayar sendiri ke LHDN.
— TanyaQuantaMax (@AzrulIzzaham) February 3, 2022
Apa akan jadi kalau gagal bayar CP500?
Melalui surat atau e-mel dikeluarkan oleh LHDN, pembayar perlu menjelaskan ansuran mengikut tarikh yang ditetapkan.
Apa jadi kalau kita terlepas tarikh pembayaran?
Contoh kalau LHDN tetapkan tarikh setiap satu hari bulan untuk bayar, anda mempunyai tempoh selama 3o hari untuk menjelaskan pembayaran mengikut kadar yang ditetapkan.
Jika tidak, penalti 10% akan dikenakan dan perlu dibayar kepada Malaysian Inland Revenue Board (MIRB).
Gagal follow jadual ansuran yang LHDN keluarkan untuk bayar setiap bulan boleh dikenakan penalti 10%. Jadi kalau boleh jangan terlepas due date bulan yang dah ditetapkan.
— TanyaQuantaMax (@AzrulIzzaham) February 3, 2022
Tapi kalau ada yang takut terlupa dan ingin membayar kesemua jumlah ansuran selama enam bulan, boleh buat pembayaran pada bulan ansuran pertama.
Kalau tunggu bulan kelima baru nak bayar ‘lump sum’, nanti kena bayar penalti pula.
Nak bayar lump sum, boleh bayar awal-awal ansuran pertama. Jangan kumpul sampai ansuran ke enam baru nak settlekan lump sum. Tu bahaya. Boleh kena penalti 10% tadi bagi ansuran pertama sampai kelima.
— TanyaQuantaMax (@AzrulIzzaham) February 3, 2022
Jika ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan jumlah anggaran cukai yang diberikan oleh LHDN, anda boleh buat pindaan.
Caranya anda perlu mengisi borang CP502 dan hantar ke LHDN sebelum 30 Jun 2022.
Tak puas hati dengan anggaran cukai ansuran CP500, boleh je buat pindaan. Kena isi borang CP502 dan hantar ke LHDN sebelum 30 Jun 2022. Dalam borang nanti, isi alasan kenapa nak pinda amaun tu. Biasanya lulus je.https://t.co/udY9DppLXf pic.twitter.com/REGuNAmNw8
— TanyaQuantaMax (@AzrulIzzaham) February 3, 2022
Sekiranya tahun sebelum declaration tak kena cukai, jadi CP500 taklah dikeluarkan bagi tahun berikutnya. Walaupun gitu, bergantung kepada situasi cukai masing-masing.
— TanyaQuantaMax (@AzrulIzzaham) February 3, 2022
Penangguhan bayaran mengikut Bajet 2022
Mengikut Bajet 2022 yang dibentangkan pada tahun lepas, pembayaran ansuran CP500 telah diberi penangguhan bayaran secara automatik bermula 1 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022.
‼️Info Penting‼️
— TanyaQuantaMax (@AzrulIzzaham) February 3, 2022
Bawah bajet 2022 ada maklumkan yang CP500 ni ada penangguhan bayaran secara automatik. Tak payah nak apply apa-apa. Janji sales bawah RM50 juta.
Penangguhan ni untuk ansuran pertama, kedua dan ketiga yang jatuh dalam tempoh 1 Jan 2022 sehingga 30 Jun 2022.
Penangguhan yang layak tak perlu bayar dalam tempoh 1 Jan 2022 sehingga 30 Jun 2022 tadi, tak akan kena penalti 10%. Untuk maklumat lanjut pasal penangguhan boleh rujuk sini page 4 sampai page 6 serta page 8.https://t.co/FmTBGy4KKl
— TanyaQuantaMax (@AzrulIzzaham) February 3, 2022
Jangan risau, kalau anda membuat pembayaran lebih daripada yang sepatutnya, jumlah itu akan dipulangkan semula oleh LHDN.
Terlupa nak tambah sikit. Bayaran advance CP500 ni bukanlah bayaran sia-sia. Kemudian hari nanti boleh tolak dengan cukai kita yang sebenar.
— TanyaQuantaMax (@AzrulIzzaham) February 3, 2022
Contoh, cukai sebenar tahun 2023 nanti kena RM10,000. CP500 kita dah bayar advance RM8,000. Jadi baki RM2,000 sajalah topup tahun 2023 tu.
Contoh, cukai sebenar tahun 2023 nanti kena RM7,000. CP500 kita dah bayar advance RM8,000. Jadi ada terlebih bayar RM1,000 kan? Yang tu nanti boleh dapat refund semula. Sama ja macam konsep PCB orang makan gaji ye.
— TanyaQuantaMax (@AzrulIzzaham) February 3, 2022
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.