Now Reading
T20 Sumbang 85% Cukai Pendapatan Peribadi Pada Tahun 2022 – LHDN

T20 Sumbang 85% Cukai Pendapatan Peribadi Pada Tahun 2022 – LHDN

85% (RM33.68 bilion) daripada jumlah cukai pendapatan peribadi yang dikutip tahun 2022 adalah daripada golongan T20, jelas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kumpulan T20 dilaporkan telah menyumbang sebanyak 85% (RM33.68 bilion) daripada jumlah cukai pendapatan peribadi yang dikutip tahun lalu, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengarah Pejabat CEO Ranjeet Kaur, menyatakan bahawa jumlah keseluruhan cukai pendapatan peribadi yang dikutip pada tahun 2022 adalah sebanyak RM39.26 bilion.

Kumpulan M40 menyumbang sebanyak 13% (RM5.38 bilion) kepada cukai pendapatan peribadi yang dikutip pada tahun 2022, jelasnya kepada Utusan Malaysia.

2% yang tinggal adalah daripada kategori-kategori lain (miscellaneous).

Pengutipan cukai pendapatan peribadi tahun lalu sebanyak RM39.26 bilion membentuk 19% daripada jumlah RM175.4 bilion yang dikutip oleh pihak LHDN.

Cukai korporat menyumbang sebanyak RM97.94 bilion (55%) daripada jumlah pendapatan cukai keseluruhan LHDN tahun lalu.

26% yang tinggal daripada pendapatan cukai keseluruhan LHDN, atau sebanyak RM37.8 bilion, diperoleh daripada cukai keuntungan harta tanah, duti setem, dan cukai ke atas koperasi.

Ranjeet dalam masa yang sama turut berkata, Belanjawan 2023 bertujuan untuk memperluas asas cukai dengan mengurangkan cukai bagi golongan M40 dan meningkatkan cukai bagi golongan T20, yang melibatkan kira-kira 150,000 pembayar cukai.


T20 Tidak Lagi Terima Subsidi Haji & Elektrik – PM

Sejak kebelakangan ini, topik tentang golongan T20 tidak lagi akan akan mendapat faedah daripada subsidi elektrik dan bantuan kewangan haji telah hangat diperbahaskan di media sosial.

Ia diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemberian subsidi bersasar jadi isu, Kita tidak menaikkan kadar elektrik melainkan kepada T20. Untuk T20 saja iaitu rumah besar, tidak akan diberi subsidi elektrik dan pangkalan data utama PADU akan dapat menyelaraskan semua. Ini sama seperti haji. Bantuan kewangan haji kepada B40 kita tambah, tetapi kepada T20 tidak ada lagi tambahan dan subsidi dari kerajaan. Mereka (T20) harus tanggung kos sepenuhnya haji kerana mereka mampu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu membuatkan sesetengah masyarakat menganggapnya tidak adil dengan mengatakan bahawa golongan T20 sudah membayar cukai tertinggi, jadi mereka sepatutnya juga mendapat subsidi tertinggi daripada kerajaan.

Perbincangan serupa juga berlaku apabila kerajaan membuat pemotongan cukai sebanyak 2% untuk golongan M40 dan meningkatkan kadar cukai untuk pendapatan yang agak tinggi sebanyak 0.5%


Cukai Pendapatan Peribadi

Untuk rekod, cukai pendapatan peribadi akan dibayar bagi pendapatan penduduk kena cukai pada kadar progresif dari 0% hingga 30% bagi Tahun Taksiran yang bermula pada tahun 2020. Bukan pemastautin tertakluk kepada pemotongan cukai ke atas jenis pendapatan tertentu. Manakala pendapatan lain pula dikenakan cukai pada kadar 30%.

Cukai pendapatan dinilai pada asas tahun semasa.

Tahun cukai yang kebiasaannya dipanggil Tahun Taksiran akan berlangsung bermula dari 1 Januari sehingga 31 Disember.

Berikut merupakan tarikh penting berkaitan dengan pemfailan cukai peribadi yang perlu anda ketahui. Jangan ‘miss’ pula!

  • Penghantaran Borang EA oleh majikan kepada pekerja tidak lewat dari hari terakhir bulan Februari bagi tahun berikutnya.
  • Tarikh penutup pemfailan  Borang BE, BT, M, MT oleh individu yang tidak menjalankan perniagaan (seringkali dirujuk sebagai pekerja) adalah pada 30 April bagi tahun berikutnya.
  • Tarikh penutup memfailkan Borang B oleh  individu yang menjalankan perniagaan selaku pemilik tunggal adalah pada 30 Jun untuk tahun berikutnya.
  • Tarikh penutup memfailkan Borang P oleh rakan-rakan kongsi termasuk bagi perkongsian liabiliti terhad PLT adalah pada 30 Jun untuk tahun berikutnya.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke www.hasil.gov.my


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd