Now Reading
Fikiran Sering ‘Melayang’ Waktu Solat? Ini Tips Untuk Lebih Khusyuk Saat Beribadah

Fikiran Sering ‘Melayang’ Waktu Solat? Ini Tips Untuk Lebih Khusyuk Saat Beribadah

Perasaan was-was yang sering berlaku ketika solat adalah disebabkan oleh kehadiran jin bernama Khanzab yang ditugaskan untuk mengganggu solat dalam kalangan umat Islam .

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perasan tak, setiap kali solat mesti kita akan mula terfikir perkara yang tidak sepatutnya seperti nak makan mana, jarak sesuatu tempat dari rumah, harga beg tangan dan sebagainya.

Kadangkala perkara yang terfikir itu tidaklah terlalu penting tetapi sering muncul semasa sedang menghadap Ilahi. Waktu tak solat, tak terkeluar pula semua persoalan tersebut.

Kenapa ya selalu macam ini?


Ini Sebab Mengapa Solat Sering Terganggu

Menerusi bebenang dimuat naik oleh pengguna di laman X (@zafranmustafa), lelaki ini berpendapat ‘gangguan’ yang sering berlaku semasa solat itu kerap terjadi kepada Muslim di luar sana.

“Waktu baca al-Fatihah dan baca Surah, waktu itu jugalah teringat baju kat ampaian, kejap lagi nak masak apa, makan kat mana. Semua benda merepek masuk dalam kepala,” kata pengguna X itu.

Bukan itu sahaja, perasan was-was juga pernah berlaku apabila risau sekiranya terkentut dan membatalkan solat dan wuduk.

Sumber: Pexels

Kalau anda nak tahu, situasi ini adalah disebabkan kehadiran jin bernama Khanzab yang ditugaskan untuk mengganggu mereka yang sedang mengerjakan ibadah solat.

Dalam satu hadis daripada Nabi Muhammad SAW, sahabat baginda pernah mengadu tentang dirinya yang sering tidak khusyuk ketika solat lalu Rasulullah SAW berpesan:

ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ

Maksudnya: (Yang mengganggu kamu) itu ialah gangguan syaitan yang dinamakan Khanzab. Oleh itu apabila kamu rasa diganggunya, maka segeralah mohon perlindungan kepada Allah dari godaannya. [Sahih Muslim]


Tips Untuk Lebih Khusyuk Dalam Solat

Bagi menangani masalah tersebut, individu berkenaan berkongsi sedikit tips yang boleh dilakukan bagi membantu anda kekal khusyuk dalam solat.

Antaranya:

#1. Pastikan Wujud Bau Dan Bunyi Kentut
Sumber: Pexels

Sekiranya ada was-was seperti terdengar bunyi kentut semasa solat, pastikan telinga mendengar dan ada bau.

Perkara ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW selepas sahabat baginda mengadu kepadanya tentang kurang kepastian semasa bersolat.

Baginda berkata dalam hadis riwayat Imam Bukhari:

لاَ يَنْفَتِلْ – أَوْ لاَ يَنْصَرِفْ – حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا

Maksudnya: Janganlah lelaki itu beralih atau beredar (daripada solat) sehingga dia mendengar bunyi (kentut) atau mendapati ada bau.

Sumber dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menjelaskan sekiranya tiada bunyi atau sebarang bau, maka ia boleh dianggap sebagai pergerakan otot dubur atau angin yang terperangkap di celahan luar punggung.

Kadangkala gas di bahagian hujung dalam dubur itu naik ke usus dan membuatkan wujud sensasi di bahagian hujung punggung.

Maka yang penting dalam isu ini adalah keyakinan bahawa memang ada hadas yang keluar lalu membatalkan wuduk dan solat. Jika tiada, maka seseorang itu masih dalam keadaan suci.

#2. Fahami Bacaan Solat
Sumber: Pexels

Tips lain adalah dengan memahami setiap bacaan dalam solat seperti surah Al-Fatihah, tahiyat akhir, bacaan ketika rukuk dan sebagainya.

Dengan cara ini, fikiran anda hanya akan tertumpu kepada makna bacaan dalam solat sahaja.

#3. Persiapan Bacaan Sebelum Solat
Sumber: Pexels

Bagi mengelakkan wujudnya gangguan semasa solat, berikut adalah beberapa bacaan yang boleh diamalkan. Antaranya:

  1. Baca Ta’awuz sebelum solat.
  2. Ludah pada sebelah kiri sebanyak tiga kali.
  3. Baca Ayatul Kursi sebanyak satu kali.
  4. Baca Surah An-Nas sebanyak satu kali.

Semoga dengan bacaan dan amalan-amalan ini dapat menjadikan solat anda lebih khusyuk selepas ini.

Selamat beramal.

Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Kalau Terlupa Bilangan Rakaat Solat?

Baca Artikel Berkaitan: Sujud Atas Telekung Ketika Solat Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Ustaz

Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Kalau ‘Stuck’ Dalam Trafik, Ini Cara Untuk Tunaikan Solat Sunat Tarawih Dalam Kereta


Solat Sunat Rawatib Yang Digalakkan Untuk Umat Islam

Selain solat fardu, umat Islam juga dituntut untuk melakukan solat sunat rawatib yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebelum atau selepas solat fardu.

Solat sunat ini yang juga dikenali sebagai solat sunat qabliyyah (sebelum) dan ba’diyyah (selepas) adalah seperti berikut:

  • Fardu Subuh: Solat sunat qabliyyah dituntut (muakkad) tetapi diharamkan bagi solat sunat ba’diyyah.
  • Fardhu Zohor: Kedua-dua solat sunat qabliyyah dan ba’diyyah adalah dituntut.
  • Fardu Asar: Solat sunat qabliyyah tidak dituntut tetapi masih boleh dibuat manakala solat sunat ba’diyyah pula dituntut.
  • Fardu Maghrib: Solat sunat qabliyyah tidak dituntut tetapi masih boleh dibuat manakala solat sunat ba’diyyah pula dituntut.
  • Fardu Isyak: Solat sunat qabliyyah tidak dituntut tetapi masih boleh dibuat manakala solat sunat ba’diyyah pula dituntut.

Walaupun tidak dituntut, tetapi umat Islam digalakkan untuk mengumpul sebanyak munngkin pahala melakukan solat sunat ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd