Now Reading
Anda Kini Boleh Bayar Ansuran Rumah Guna Duit Pengeluaran KWSP

Anda Kini Boleh Bayar Ansuran Rumah Guna Duit Pengeluaran KWSP

Anda boleh mengeluarkan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi Akaun 2 untuk membayar ansuran rumah secara bulanan.

Boleh Bayar Ansuran Rumah Guna Duit Pengeluaran KWSP. Ini Caranya!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin telah menyatakan hasrat bagi mempertimbangkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jika parti mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kenyataannya itu telah mendapat perhatian ramai kerana sebelum ini orang ramai dibenarkan untuk mengeluarkan wang simpanan dari KWSP pada Mei 2022 dengan jumlah tidak melebihi RM10,000.

Pada ketika itu, pengeluaran KWSP amat dinanti-nantikan ramai selepas pengumuman khas oleh Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber: Selangor Kini

Anda Kini Boleh Keluarkan Duit KWSP Untuk Bayar Ansuran Rumah

Tahu tak, anda sebenarnya boleh mengeluarkan wang simpanan KWSP menerusi Akaun 2 untuk membayar ansuran rumah secara bulanan.

Pengeluaran wang KWSP untuk tujuan membayar ansuran rumah boleh dilakukan dengan memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Warganegara dan Bukan Warganegara yang sudah berdaftar sebagai Ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.
  • Berumur bawah 55 tahun.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM600 dalam Akaun 2.
  • Membeli sebuah rumah kediaman.
  • Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP.
  • Ansuran bulanan telah bermula

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pinjaman Perumahan Ini

Anda boleh membuat pilihan sama ada ingin mengeluarkan sejumlah baki pinjaman perumahan atau kesemua simpanan di dalam Akaun 2. Walau bagaimanapun, pengeluaran ini hanya terhad untuk satu rumah sahaja oleh setiap pengeluar.

Sumber: Zprop Team

KWSP juga berhak untuk membatalkan pengeluaran bayaran bulanan tersebut jika pinjaman perumahan anda telah diselesaikan, dijual atau jika ditangkap menghantar maklumat palsu.

Anda boleh membuat pengeluaran dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh ansuran bermula. Bayaran pengeluaran hanya akan bermula selepas tarikh ansuran sebenar berkuatkuasa.

Dokumen Penting Yang Anda Perlukan

Antara dokumen penting yang diperlukan untuk membolehkan anda membuat pengeluaran wang KWSP ini adalah:

  • Borang KWSP 9P (AHL) dan Senarai Semak Dokumen.
  • Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format KWSP atau penyata baki pinjaman dari LPPSA.
  • Salinan dokumen pengenalan diri dan kad asal untuk pengesahan (kepada bukan pemegang Mykad sahaja).
  • Perjanjian Jual Beli atau Bukti Gadai (jika maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap).
  • Buku bank atau salinan penyata akaun bank.
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) untuk penghantaran melalui pos atau pengesahan cop ibu jari gagal.
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: CompareHero)

Untuk makluman lebih lanjut, anda boleh klik [DI SINI].

BACA JUGA: Perlukah Pengeluaran KWSP Dibenarkan Sekali Lagi?

BACA JUGA: Daftar Akaun KWSP Buat Anak Berusia 14 Tahun Ke Atas. Siap Ada RM250 Insentif Tambahan!

BACA JUGA: Mufti Perjelas Sama Ada Duit Pengeluaran KWSP Perlu Dikenakan Zakat Atau Tidak


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd