Now Reading
Perlukah Pengeluaran KWSP Dibenarkan Sekali Lagi?

Perlukah Pengeluaran KWSP Dibenarkan Sekali Lagi?

Walau bagaimanapun, data KWSP menunjukkan bahawa pengeluaran one-off KWSP di dalam bajet 2023 ini dilihat hanya akan memberi manfaat besar kepada golongan T20 dan sebahagian M40 sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 16 Mac lalu, kerajaan telah membenarkan pengeluaran khas KWSP setelah mendengar, mengkaji, dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan wang caruman mereka itu.

BACA LANJUT: Pengeluaran Khas KWSP Berjumlah RM10,000 Kini Dibenarkan – PM

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri.

“Berdasarkan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

“Justeru itu, pada hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” umum beliau.

BACA JUGA: Pengeluaran Khas KWSP Diawalkan Bermula Hari Ini, 18 April


Pihak Kerajaan Sekali Lagi Digesa Benarkan Pengeluaran KWSP

Tidak terhenti di situ sahaja, pihak kerajaan dilaporkan digesa untuk membenarkan sekali lagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000 pada Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada Jumaat ini (7 September).

Menurut laporan Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Kewangan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka Dr Mohamad Idham Md. Razak menjelaskan bahawa masih ramai rakyat berharap pengeluaran KWSP dibenarkan meskipun terdapat tentangan daripada segelintir pihak.

Jelasnya lagi, kerajaan perlu menitikberatkan bebanan yang ditanggung oleh rakyat selepas kenaikan OPR sebanyak tiga kali berturut-turut, iaitu dari 1.75 sehingga 2.25%. Diikuti pula dengan inflasi yang dihadapi sehingga membawa kepada kenaikan kos sara hidup rakyat.

BACA JUGA: Ini Sebab Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kenaikan Kadar Dasar Semalam (OPR)

Memang sebenarnya mereka perlukan (pengeluaran one-off KWSP) sebab itu duit mereka yang bekerja dan di dalam keadaan terdesak, mereka fikir itu alternatif untuk mereka tampung perbelanjaan. Sekarang inflasi meningkat dan kita lihat hutang isi rumah juga meningkat ekoran terbeban dari segi pinjaman akibat kenaikan OPR yang dikenakan pihak bank. Dengan pengeluaran khas ini, ia dapat menampung perbelanjaan isi rumah untuk jangka pendek di samping menggalakkan kitaran wang dalam negara kerana rakyat akan mula membeli apabila terdapat aliran tunai, seterusnya memberi kesan positif kepada pusingan kitaran ekonomi.

Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Kewangan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka Dr Mohamad Idham Md. Razak kepada Utusan Malaysia.

Mohamad Idham dalam masa yang sama turut memberi cadangan kepada pihak kerajaan untuk mengambil inisiatif tambahan dengan mewujudkan kempen perbelanjaan berhemah menggunakan wang KWSP – sekiranya pengeluaran one-off berkenaan dibenarkan sekali lagi.

Pengeluaran KWSP Hanya Akan Beri Manfaat Besar Kepada T20

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul La­tiff berkata, pengeluaran one-off KWSP di dalam bajet 2023 ini dilihat hanya akan memberi manfaat besar kepada golongan T20 dan sebahagian M40 sahaja.

Ini kerana, jelasnya kebanyakkan pencarum B40 tidak akan menerima manfaat itu disebabkan oleh data KWSP menunjukkan majoriti pencarum terutamanya bangsa Melayu tidak lagi mempunyai simpanan yang mencukupi dalam akaun KWSP mereka.

Kerajaan sewajarnya memberi tumpuan untuk menambah jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan menjadikannya lebih berkala dan bukan secara one-off. Selain itu, pemberian baucar elektronik (e-baucar) di bawah kaedah muqassah kepada semua isi rumah B40 juga mampu membantu rakyat di mana ia boleh ditukar dengan barangan keperluan asas setiap bulan. Peniaga akan mengumpul e-baucar ini dan menebus dengan kerajaan melalui pengurangan pembayaran cukai korporat. Kelebihan e-baucar berbanding bantuan tunai seperti sekarang ialah dapat memastikan bantuan tersebut tidak digunakan untuk maksud lain dan kerajaan tidak perlu menambah hutang untuk memberi bantuan tunai kerana menggunakan konsep muqassah.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul La­tiff menerusi Utusan Malaysia.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd